Pages

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan : Lagu #20 Dan 21

Kali nie Mikro akan kongsikan dua buah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Nasyid yang sama iaitu kumpulan "Forheart". Kenapa kali nie dua buah lagu....?? sebabnya, kedua-dua lagu nie memang best heeee~ Mikro rasa ada yang dah kenal dengan kumpulan ini... kalau tak salah mikro, Kumpulan Forheart ni berasal dari PSP. Apa itu PSP? bukan Sony PSP naa... tetapi Politeknik Seberang Prai... Haa... mesti ada yang terkejut kan... tapi itulah hakikatnya... rasanya sekarang nie, ahli-ahli kumpulan nie dah tak 'study' dekat situ dah kot.... kepada student-student PSP, "tak kan ampa tak kenai depa nie kot...??"



Forheart - Perlukah
 
menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu




Forheart - Dilema Cinta Ilahi 

Puas kucoretkan kata cinta ini,
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.

Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.

dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU...






Ramadhan : Lagu



P/S : Alhamdulillah...... Semoga apa yang dilakukan akan diberkati oleh-NYA