Pages

Friday, September 23, 2011

Siapakah Aku......?

Aku seorang..................
Aku memang susah untuk meluahkan apa yang aku rasa dalam hati ini kepada orang lain. Aku lebih suka berdiam diri walau dalam apa jua situasi yang berlaku. Jika ada masalah yang timbul, aku lebih suka selesaikannya sendiri terlebih dahulu. Aku tidak suka untuk menyusahkan orang yang di sekeliling aku. Selagi termampu, aku akan lakukannya sendiri. Sampaikan ada rakan-rakan cakap, "kenapa tak minta tolong kami..? kami sudi untuk menolong..." Aku menjawab : "aku memang macam nie, aku akan buat selagi aku termampu. Aku tak suka nak susahkan orang lain".....Dalam situasi tersebut, salahkah aku???


Aku seorang......................
Aku lebih suka mengembirakan orang di sekeliling aku, walaupun pada hakikatnya aku bersedih. Kenapa aku berkata sedemikian? sebabnya ramai yang mengenali aku akan cakap aku ni seorang yang periang, pelawak & "happy go lucky". Itu cuma luaran sahaja, dalam hati ini hanya Tuhan yang mengetahui,  bila aku gembira & tika mana aku bersedih.....


Aku seorang...................
Aku juga bukanlah seorang yang mudah untuk marah. Aku tidak suka akan pergaduhan, dendam dan bermasam muka. Apatah lagi jika ianya melibatkan antara keluarga dan rakan pergaulanku seharian. Aku bencikan semua itu. Hati aku tidak akan tenang perkara-perkara sedemikian berlaku. Untuk apa kita jalani khidupan seharian sedangkan hati kita tidak tenteram...?




Aku seorang.....................
Aku memang akui yang kadang kala aku rasa terlalu merendah diri hinggakan hilang keyakinan pada diri aku. Merendah diri ni perlu kena tempat dan gayanya.. tapi Aku nie merendah diri di semua tempat. Sebab tu moral aku selalu ja "down"... aku rasakan diri aku nie serba kekurangan dari segala aspek. Aku perlu berubah sekarang nie.... menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dan berfikiran positif.....




Siapakah Aku................????
 
Hanya Tuhan yang Tahu........ ^_^


P/S : Aku di atas merujuk kepada seorang insan biasa yang kadang kala tidak terlepas dari melakukan kesilapan......