Untuk entri kali nie, mikro nak kongsikan sebuah Music Video dari kumpulan Nasyid negara kita yang mikro rasa 'MV' mereka ini ada kelainan tersendiri dari MV nasyid-nasyid yang pernah kita lihat sebelum ini ditambah pulak dengan kualiti video yang boleh dikatakan baik..... Satu lagi perkembangan yang baik dalam industri Nasyid negara kita... Tahniah!!
Mirwana & Altimet - Itu Ini Begitu Begini
(INTRO):
Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..
(CHORUS):
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..
(VERSE 1)
Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah
(Chorus)
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.
(VERSE 2)
Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,
(BRIDGE):
Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..
(Chrous X2)
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta,
Akhirnya..... habis jugak sesi pembacaan novel Baju Pengantin Mak Andam (BPMA) hasil karya Areila Sahimi ni.... Setelah di'rekemen'kan oleh beberapa insan, termasuklah adik mikro sendiri yang menyatakan BPMA nie menarik, jadi mikro pun beli la ^_^ Rasanya lepas ni mikro akan beli lagi novel-novel hasil tulisan akubintangbiasani haha~ Sebab apa mikro cakap macam tu...? Sebabnya, mikro suka cara penulisan dan cerita beliau. Tidak terlalu 'skema' ataupun tidak terlalu ke'jiwang'an sangat. Mikro cukup tak boleh bila baca novel yang ayat-ayatnya terlalu skema. Nanti cepat mengantuk heeee~ :P Untuk novel BPMA ni, Mikro berpendapat bahawa, "kepada yang belum baca, sila beli dan baca"......Dijamin berpuas hati.... (",)
"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~
"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~
Penulis : Areila Sahimi Terbitan : Kaki Novel Enterprise Harga : RM 18.00 Muka Surat : 540
Sipnosis :
Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam ‘terjun’) dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar.
Aleeya yang bersifat ‘kerek’ tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain.
Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya ‘blur’. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati.
Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya.
Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati.
Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain.
Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog ‘kerek’ dan lucu ini.
"WORLD ORDER"merupakan sebuah kumpulan/crew yang berasal dari Jepun yang telah mencetuskan satu fenomena baru dalam industri hiburan di mana mereka ini memberi nasihat serta kesedaran kepada semua masyarakat melalui lagu dan seni tarian mereka yang mikro rasa 'teruja' sekali... Kalau di Malaysia ni kita dapat melihat kumpulan ataupun crewz tarian yang gempak-gempak di rancangan realiti TV seperti "Showdown" (mikro suka tengok rancangan nie heeee~)... kira mereka nie lebih kurang macam tu jugak la. Cuma lagu yang mereka sampaikan serta tarian mereka berunsurkan nasihat & kesedaran tentang isu-isu semasa....
Lagi yang menarik mengenai kumpulan ini adalah, ahlinya terdiri dari peninju yang terkenal di Jepun kot...namanya "Genki Sudo". Mengikut pemerhatian Mikro jugak, beberapa lagu kumpulan nie muziknya adalah hasil ciptaan Genki Sudo itu sendiri... Jom layan lagu-lagu dari 'group' nie .....^_^
「WORLD ORDER」 - " MACHINE CIVILIZATION"
「WORLD ORDER」 - " WORLD ORDER"
Amacam....?? ada rasa teruja tak tengok cara depa tu menari... Gerakan perlahan lagi tu.... ^_^
Di bawah nie mikro nak kongsikan lagi sebuah kumpulan yang Mikro rasa mereka ni memang sama dengan kumpulan WORLD ORDER dari Jepun tu... Nama Kumpulan terdebut adalah S.P.E.E.D (Synchronized Pose Ensemble Electro Digital) yang berasal dari Indonesia... memang sama habis la dengan group dari Jepun tu.. Cuma Mikro rasa terdapat perbezaan semasa mereka membuat "Gerakan Perlahan". Group dari Jepun tu lebih kemas dan 'slow' dari group dari Indonesia ni.. Apapun, tetap menarik.. bukan senang nak menari macam tu.. Rasanya dekat Malaysia nie yang boleh buat macam tu group 'Elecoldxhot" ja kot...
S.P.E.E.D - 'It's Time To Party'
Ini lagunya untuk semua Bersuka ria tinggalkan duka Kami di sini berbagi kasih Untuk obati hati tersakiti
Ayunkan langkah seiring irama Goyangkan diri it's time to party Lupakan duka ikuti irama Goyangkan diri it's time to party
Ayunkan langkah seiring irama Goyangkan diri it's time to party Lupakan duka ikuti irama Goyangkan diri it's time to party
Saat kau sendu janganlah ragu Dengarkan lagu yuk kita maju Kami di sini berbagi kasih Untuk obati hati tersakiti
Ayunkan langkah seiring irama Goyangkan diri it's time to party
Lupakan duka ikuti irama Goyangkan diri it's time to party
Ayunkan langkah seiring irama Goyangkan diri it's time to party Lupakan duka ikuti irama Goyangkan diri it's time to party
Ayunkan langkah seiring irama Goyangkan diri it's time to party Lupakan duka ikuti irama Goyangkan diri it's time to party
Ayunkan langkah seiring irama Goyangkan diri it's time to party Lupakan duka ikuti irama Goyangkan diri it's time to party
Macam biasa... kali nie mikro nak kongsikan sebuah lagu dari Indonesia. Rasanya lagu ni dah lama kot, sebab tengok dekat youtube pun, video lagu nie telah di'upload' 2 tahun yang lepas. Mikro baru ja jumpa dan mikro rasa lagu ni mikro bleh layan... ^_^ Bersempena Hari Raya Aidiladha kali ini, Mikro tujukan lagu ini buat semua pembaca blog mikro yang memebaca & mendengar lagu di entri ini....
Masih ingatkah lagi anda semua kepada entri mikro sebelum ini yang bertajuk "Bersyukurkah kita...?" dalam entri tersebut mikro ada cerita dan tunjukkan seorang nenek yang tinggal seorang diri dalam keadaan rumah yang sangat daif...
Hari ini mikro dan rakan-rakan pejabat yang lain sempat membuat kunjungan kali ke-2 ke rumah nenek tersebut bagi menghulurkan sumbangan bersempena perayaan Deepavali yang akan disambut 'lusa'. Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan dari kakitangan unit mikro bekerja dan dihulurkan kepada 3 buah keluarga yang kami rasa amat memerlukan bantuan. Nenek nie termasuk dalam senarai keluarga tersebut disamping 2 buah keluarga India yang kami akan berikan sumbangan pada hari khamis ini. Rasanya selepas ini, setiap kali tiba musim perayaan, Unit yang mikro bekerja sekarang akan membuat sumbangan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.
Rasa bersyukur sangat bila sampai di rumah nenek tersebut, mikro lihat nenek tersebut masih lagi tinggal di situ. kali nie, lebih kurang 8 orang staf pejabat yang ikut ke rumah nenek tersebut termasuklah bos mikro. Sewaktu kami tiba, nenek tersebut baru balik sambil ditemani oleh adiknya yang hampir sebaya dengannya tetapi lebih terurus... Ketibaan kami disambut dengan senyuman nenek tersebut menyebabkan beberapa hati tersentuh (mikra agak2 ja nie hahaha~)
Antara barang-barang sumbangan yang kami beri.....
Sesi beramah mesra dengan nenek tersebut.... ^_^
Yang duduk pakai cermin mata tu la bos Mikro....
Semua duk tengok apa tak tau dekat luaq tu.......
haaa... makanan yang bagi aritu ada dekat dalam bilik tu !!!
Masih sama seperti sebelum ini.... :(
Tempat tido nenek tersebut & bumbung yang telah ditukar
tempat mandi nenek tersebut mikro rasa....bila tengok dari segi keadaan tempat tersebut...
Semua duk dengaq nenek tu duk bercerita mengenai anaknya...... (Touching kot~ )
Duduk sat naa... nenek nak pi ambik benda sat...... (Mikro ??? terpinga-pinga seketika...)
Dihulurkan kepada mikro sebuah buku nota kecil yang tercatat ayat-ayat suci Al-Quran yang ditulis oleh anaknya..... Di hadapan buku tersebut terdapat nama anak dan tarikh anaknya yang meninggal dunia yang ditulis oleh nenek tersebut sebagai ingatan kepada anaknya...... :-(
Sebelum kami balik nenek tu sempat mendoakan kami semua kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat... semoga apa yang kami lakukan ini diberkati oleh-NYA....... Aminn... kalau ada umur panjang, nanti kami datang lagi.... ^_^
Aku
memang susah untuk meluahkan apa yang aku rasa dalam hati ini kepada
orang lain. Aku lebih suka berdiam diri walau dalam apa jua situasi yang
berlaku. Jika ada masalah yang timbul, aku lebih suka selesaikannya
sendiri terlebih dahulu. Aku tidak suka untuk menyusahkan orang yang di
sekeliling aku. Selagi termampu, aku akan lakukannya sendiri. Sampaikan
ada rakan-rakan cakap, "kenapa tak minta tolong kami..? kami sudi untuk menolong..." Aku menjawab : "aku memang macam nie, aku akan buat selagi aku termampu. Aku tak suka nak susahkan orang lain".....Dalam situasi tersebut, salahkah aku???
Aku seorang......................
Aku
lebih suka mengembirakan orang di sekeliling aku, walaupun pada
hakikatnya aku bersedih. Kenapa aku berkata sedemikian? sebabnya ramai
yang mengenali aku akan cakap aku ni seorang yang periang, pelawak &
"happy go lucky". Itu cuma luaran sahaja, dalam hati ini hanya Tuhan
yang mengetahui, bila aku gembira & tika mana aku bersedih.....
Aku seorang...................
Aku juga bukanlah seorang yang mudah
untuk marah. Aku tidak suka akan pergaduhan, dendam dan bermasam muka.
Apatah lagi jika ianya melibatkan antara keluarga dan rakan pergaulanku
seharian. Aku bencikan semua itu. Hati aku tidak akan tenang
perkara-perkara sedemikian berlaku. Untuk apa kita jalani khidupan
seharian sedangkan hati kita tidak tenteram...?
Aku seorang.....................
Aku memang akui yang kadang kala aku
rasa terlalu merendah diri hinggakan hilang keyakinan pada diri aku.
Merendah diri ni perlu kena tempat dan gayanya.. tapi Aku nie merendah
diri di semua tempat. Sebab tu moral aku selalu ja "down"... aku rasakan
diri aku nie serba kekurangan dari segala aspek. Aku perlu berubah
sekarang nie.... menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dan berfikiran
positif.....
Siapakah Aku................????
Hanya Tuhan yang Tahu........ ^_^
P/S : Aku di atas merujuk kepada seorang insan biasa yang kadang kala tidak terlepas dari melakukan kesilapan......
Masih ingat lagi tak dengan gambar-gambar di atas....?? Sinetron apakah itu.... ? heeee~ kali nie mikro nak kongsikan lagu 'opening' dan 'ending' utuk sinetron tersebut. Sinettron yang mikro maksudkan adalah Sinetron "Mutiara Hati". Lagu-lagu dari sinetron nie memang layan abis la.... huhu~ kalau tak percaya...meh kita layan dekat bawah nie....
New Sakha Dan Hedi Yunus - Ingatlah Allah
Di waktu kaya ingatlah pada Allah
Di waktu miskin ingatlah pada Allah
Di waktu sehat ingatlah pada Allah
Di waktu sakit ingatlah pada Allah
* Kerjakan perintahNya
Jauhi laranganNya
Itulah orang yg diingat Allah
Banyak yg kaya lupa pada Allah
Banyak yg miskin jauh dari Allah
Banyak yg sehat lari dari Allah
Banyak yg sakit meninggalkan Allah
Itulah orang yg sombong kepada Tuhannya
Tidak kenal kepada Allah
** Ingatlah wahai manusia
Semua kan kembali pada Allah
Ingatlah wahai manusia
Hidup matimu di tangan Allah
Di waktu sehat ingatlah pada Allah
Di waktu sakit ingatlah pada Allah
repeat *
repeat **
repeat **
Banyak yg kaya lupa pada Allah
Banyak yg miskin jauh dari Allah
Banyak yg sehat lari dari Allah
Banyak yg sakit meninggalkan Allah
Itulah orang yg sombong kepada Tuhannya
Tidak kenal kepada Allah...
NOVI - Mutiara Hati
Ku rindu kasih sayangmu
Kau pergi tinggalkanku
Masih lekat di hati ini
Kau bilang ku mutiara hati…
Intro: II
Ku ingin berjumpa denganmu
Bunda t’lah menghadap Ilahi
Biarkanlah hanya dalam mimpi
‘Tuk menghapus semua rinduku
Reff:
Ya Allah berikanlah aku
Bunda yang berhati mulia
Sebagai ganti dia yang pergi
‘Tuk membimbing menuju Ridho-Mu
Back To: Intro II
Pancarkanlah cahaya-Mu pada jiwaku ini
‘Tuk dapat rahmat Karunia-Mu
Dua buah lagu dari satu album yang sama iaitu album pertama kumpulan nasyid Mestica yang berjudul " Sendu Sendawa" lagu-lagu dlam album nie keseluruhannya best....mikro berani jamin la.... hahaha~ kalau tak percaya, cuba dengaq dua buah lagu yang mikro kongsikan di bawah nie.....
Mestica - Yang Abadi
Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara
Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi
C/O
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban
Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia
Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi
Mestica - Destinasi Cinta
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
StarFive @ Star 5 adlah sebuah kumpulan ansyid dari Indonesia, mikro kenal kumpulan nie melalui lagu mereka yang berjudul "Satu Cinta"...tetapi kali nie mikro nak kongsikan sebuah lagi lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ini jugak. Lagu boleh tahan.... kira mikro dengaq ja, bleh layan la.... ^_^
Star 5 - Asaku Asamu
Sahabat...
Setelah sekian lama kita jalani bersama
Penuh suka penuh duka
Yang artinya ku temukan
Sebuah asa
Sahabat...
Di sepanjang malam yang hening
Ku coba untuk..
Merenung dan mengingati perjalanan kita
Ku dapati asaku asamu
Reef :
Ya Allah ya Tuhanku
Andai kau takdirkan dia untukku
Menjadi teman arungi hidup ini
Satukan hatiku hatinya
Amanahkan bahagia
Kemesraan selamanya..
Ya Allah yang Maha perkasa
Beri kuat lahir batin
Teguhkan akadku
Jauhkan dari kemungkaran
Maknai hidup di jalan yang Kau Ridhoi.
Entri kali ini tajuk macam nak bagi ceramah agama ja kan.... ^_^ kira lebih kurang la kot, tapi tak sampai la ke tahap ceramah tu...... Alhamdulillah.... Mikro rasa bulan Ramadhan tahun ni adalah bulan
Ramadhan yang amat bermakna buat mikro sebab macam-macam perkara yang
terjadi dalam bulan nie.... suka...duka... semuanya mikro dapat rasa
dalam bulan ni ^_^
Sebenarnya entri kali nie mikro terlintas untuk buat selepas selesai menghantar sumbangan kepada beberapa buah keluarga miskin. Sumbangan yang diberikan tersebut adalah hasil kutipan dari mikro dan "officemate" yang lain dan senarai keluarga yang menerima sumbangan tersebut diperolehi dari hasil carian kami sendiri. Setelah beberapa buah rumah yang mikro pergi, mikro dapat rasa bertuahnya mikro sebab dilahirkan di dalam keadaan yang serba cukup, hidup dalam keadaan selesa dan mempunyai insan-insan yang menyayangi mikro.... heeee~
Di bawah ni, mikro nak kongsikan beberapa keping gambar yang mikro sempat ambil semasa pemberian sumbangan dijalankan di rumah-rumah yang berkenaan serta barang-barang yang kami beli untuk disumbangkan....
Di Tesco Tg. Pinang
Sesi memilih barang.......heeeeee~
Antara barang-barang yang dibeli......
Yang nie pulak sesi mengira 'Bajet'....
Setiap kotak megandungi barang-barang seperti berikut....... ^_^
Pemberian Sumbangan
Dan yang nie adalah rumah terakhir yang mikro pergi..... memang secara jujur dan ikhlasnya dari lubuk hati mikro, rumah yang last nie la mikro amat rasa sedey sangat-sangat bila melangkah masuk ja ke dalam rumah tu...
Apa perasaan ampa semua.......?? terlintas di fikiran mikro tadi, alangkah baiknya kalau Geng KBU dapat datang sini dan buat gotong-royong bersihkan rumah nenek nie... memang sedih sangat mikro tengok... dah la nenek nie tinggal sorang-sorang ja dalam 'rumah' tersebut.... Dan yang paling mikro amat sedih adalah apabila kami ingin balik.... nak tau apa nenek nie buat...? tengok pic dekat bawah nie.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Masa ni hujan renyai-renyai....nenek nie keluar hantar kami balik dengan lambaian yang amat menyentuh perasaan mikro.... :(
Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang ini.... walaupun kadang-kadang kita rasa serba kekurangan............
P/S : Masih teringatkan nenek tersebut....huuuuuuu~