Akhirnya..... habis jugak sesi pembacaan novel Baju Pengantin Mak Andam (BPMA) hasil karya Areila Sahimi ni.... Setelah di'rekemen'kan oleh beberapa insan, termasuklah adik mikro sendiri yang menyatakan BPMA nie menarik, jadi mikro pun beli la ^_^ Rasanya lepas ni mikro akan beli lagi novel-novel hasil tulisan akubintangbiasa ni haha~ Sebab apa mikro cakap macam tu...? Sebabnya, mikro suka cara penulisan dan cerita beliau. Tidak terlalu 'skema' ataupun tidak terlalu ke'jiwang'an sangat. Mikro cukup tak boleh bila baca novel yang ayat-ayatnya terlalu skema. Nanti cepat mengantuk heeee~ :P Untuk novel BPMA ni, Mikro berpendapat bahawa, "kepada yang belum baca, sila beli dan baca"......Dijamin berpuas hati.... (",)
-------------------------------------------------------
"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~
"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~
Penulis : Areila Sahimi
Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Harga : RM 18.00
Muka Surat : 540
Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Harga : RM 18.00
Muka Surat : 540
Sipnosis :
Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam ‘terjun’) dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar.
Aleeya yang bersifat ‘kerek’ tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain.
Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya ‘blur’. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati.
Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya.
Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati.
Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain.
Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog ‘kerek’ dan lucu ini.

Sumber : Kaki Novel
P/S : Yes, Boss! ^_^