Betulkah? hasil karya Amanda Aniqah merupakan novel kedua yang mikro beli dan baru saja selesai menghabiskannya ^_^ Pada pendapat Mikro, mikro suka baca novel ni sebab jalan ceritanya tak membebankan jiwa dan raga mikro haha~ rasa seronok ja membaca sebab gaya penulisannya pun santai dan rileks. Novel ini memaparkan realiti dalam kehidupan tentang dunia persahabatan, bermula dari alam persekolahan hingga kesemua watak-watak dalam novel nie dah bekerjaya ^_^ Terdapat juga tentang dilema wanita, biasala...kalau dah berusia sikit, mesti la ramai orang akan sibuk bertanya pasal kahwin.. bila ada yang ingin meminang, hati pulak tak bersedia nak menerima...macam-macam lagi perkara yang berlaku dalam novel nie....ada jugak part yang kelakar dalam novel ni.. haha~ memang seronok ja membaca. Kalau nak seronok lagi, sila baca sambil ber'imaginasi' watak-watak tersebut, mesti gelak sorang-sorang kot.... :P
Kawan+Kawan = Aku+Kau = Bestfriend Forever (BFF)
Kawan+Kekasih = Sayang+Abang = Soulmate Forever (SMF)
Penulis : Amanda Aniqah
Terbitan : Buku Prima
Harga : RM 18.90
ISBN : 978-967-0184-97-5
Halaman : 448
Kahwin susah, tak kahwin pun susah.
Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi
orang sekeliling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia
seorang wanita bila dah cukup umur.
Betulkah sekarang
masanya yang sesuai untuk berkahwin? Betulkah sudah muncul calon yang
telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah
menjelma?
Cinta sangat kompleks. Bukan sesenang kira 1, 2 & 3 atau macam kita selesaikan masalah matematik head capacity (Q=mc) masa sekolah menengah dulu. Cinta memang sukar
dijangka. Maka sampai sekarang berat nak terima cinta. Tapi bila si dia
berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari
seorang teman?
---------------------------------
"Women are like internet virus, First, they enter your life, scan your pockets, transfer money, edit your mind, download their problems, delete your smile and hang your life." - Nur Mawarni " You know you have me. Itulah gunanya kawan. Saling bantu-membantu. Saudara, kita akan peroleh begitu sahaja. Tapi kawan, kita sendiri yang kena cari." - Farhan " TUHAN bagi anggota kita secara berpasangan. Kenapa TUHAN kurniakan sekeping hati untuk kita? Kerana TUHAN memberi sekeping hati lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah cinta" - Anuar " Hai, tak puas lagikah cipta tension island ni? Baru kena pinang, belum ajak terjun Effiel Tower, tapi dah macam burung tak jumpa sarang yang sesuai." - Melati " Aku tak layak untuk sesiapa." - Nurul Suhailah |