Serius mikro telah menambah satu lagi koleksi hobi mikro iaitu membaca novel haha~ Wujudnya hobi membaca novel nie disebabkan oleh ketiadaan 'line' tenet di rumah lebih kurang sebulan macam tu la... Selalunya mikro akan habiskan masa terluang mikro di hadapan PC dekat rumah dengan men'download' drama, lepas tu layan. Jadi, bila 'line' tenet tak dak haritu, memang 'mati kutu' jugak la huuuu~ Jadi, sewaktu berlegar-legar di POPULAR tu, mikro saja la tengok-tengok bahagian novel sebab mikro tengok banyak novel yang kulit depannya bukan main menarik hati, perasaan, jiwa & lara lagi hahaha~ Akhirnya member ada terjumpa satu novel nie, dia tunjuk la dekat mikro. Bila mikro baca sikit, macam best ja... jadi mikro pun terbeli.... bermula dari situ la mikro baca novel haha~ Serius lawak kot novel yang mikro baca nie......
Gelak Tergolek
Penulis : Wann Azlan
Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Harga : RM 18.00
Sipnosis
GELAK TERGOLEK memaparkan kisah mamat sengal bernama Rahman yang menyulam cintanya dengan kekasih hati, Maimun.
Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dilaluinya sebelum berjaya mendirikan rumah tangganya dengan Maimun.
Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dilaluinya sebelum berjaya mendirikan rumah tangganya dengan Maimun.
Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di ka...wasan kejiranan rumah Rahman.
Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.
Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.

"Aku terima nikahnya Siti Maimun Binti Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga puluh rakaat tunai.... " - Rahman
"Tiga puluh ringgit! bukan tiga puluh rakaat. Orang sembahyang terawih pun tak sampai tiga puluh rakaat" - Tok Kadi
Sumber : Kaki Novel
P/S : Dah habis....Next!!!