banner

Followers

Wednesday, November 23, 2011

Novel : Baju Pengantin Mak Andam

Akhirnya..... habis jugak sesi pembacaan novel Baju Pengantin Mak Andam (BPMA) hasil karya Areila Sahimi ni.... Setelah di'rekemen'kan oleh beberapa insan, termasuklah adik mikro sendiri yang menyatakan BPMA nie menarik, jadi mikro pun beli la ^_^ Rasanya lepas ni mikro akan beli lagi novel-novel hasil tulisan akubintangbiasa ni haha~ Sebab apa mikro cakap macam tu...? Sebabnya, mikro suka cara penulisan dan cerita beliau. Tidak terlalu 'skema' ataupun tidak terlalu ke'jiwang'an sangat. Mikro cukup tak boleh bila baca novel yang ayat-ayatnya terlalu skema. Nanti cepat mengantuk heeee~ :P Untuk novel BPMA ni, Mikro berpendapat bahawa, "kepada yang belum baca, sila beli dan baca"......Dijamin berpuas hati.... (",)

-------------------------------------------------------

"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~
"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~


Penulis : Areila Sahimi
Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Harga : RM 18.00
Muka Surat : 540

Sipnosis :

Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam ‘terjun’) dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar.

Aleeya yang bersifat ‘kerek’ tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain.

Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya ‘blur’. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati.

Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya.

Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati.

Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain.

Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog ‘kerek’ dan lucu ini.

Sumber : Kaki Novel


P/S : Yes, Boss!  ^_^


Tuesday, November 22, 2011

Wordless Wednesday#18

"Zaman Dulu-dulu....."




P/S : 1 Tahun 8 Bulan.....


Monday, November 21, 2011

Najwa Latif - Carta hati


Akhirnya.... keluar jugak video klip lagu Carta Hati dari Najwa Latif... Video lagu nie bagi mikro ok... simple dan bersesuai dengan lagu. Warna-warna yang digunakan juga memang kena la... suka tengok ditambah pula kualiti video yang cantik.. Terbaik!!! 

Najwa Latif - Carta Hati



hmm.. hoo.. haaa.. mmm..

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

hmm.. hoo.. lalala.. mmm..

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita

lalalalala.. hooo...
lalalalala.. mmm...



P/S : Jinak-Jinak Merpati.......

Saturday, November 19, 2011

WORLD ORDER & S.P.E.E.D


"WORLD ORDER" merupakan sebuah kumpulan/crew yang berasal dari Jepun yang telah mencetuskan satu fenomena baru dalam industri hiburan di mana mereka ini memberi nasihat serta kesedaran kepada semua masyarakat melalui lagu dan seni tarian mereka yang mikro rasa 'teruja' sekali... Kalau di Malaysia ni kita dapat melihat kumpulan ataupun crewz tarian yang gempak-gempak di rancangan realiti TV seperti "Showdown" (mikro suka tengok rancangan nie heeee~)... kira mereka nie lebih kurang macam tu jugak la. Cuma lagu yang mereka sampaikan serta tarian mereka berunsurkan nasihat & kesedaran tentang isu-isu semasa.... 

Lagi yang menarik mengenai kumpulan ini adalah, ahlinya terdiri dari peninju yang terkenal di Jepun kot...namanya "Genki Sudo". Mengikut pemerhatian Mikro jugak, beberapa lagu kumpulan nie muziknya adalah hasil ciptaan Genki Sudo itu sendiri...  Jom layan lagu-lagu dari 'group' nie .....^_^


「WORLD ORDER」 - " MACHINE CIVILIZATION" 


  
「WORLD ORDER」 - " WORLD ORDER" 


Amacam....?? ada rasa teruja tak tengok cara depa tu menari... Gerakan perlahan lagi tu.... ^_^

Di bawah nie mikro nak kongsikan lagi sebuah kumpulan yang Mikro rasa mereka ni memang sama dengan kumpulan WORLD ORDER dari Jepun tu... Nama Kumpulan terdebut adalah S.P.E.E.D (Synchronized Pose Ensemble Electro Digital) yang berasal dari Indonesia... memang sama habis la dengan group dari Jepun tu.. Cuma Mikro rasa terdapat perbezaan semasa mereka membuat "Gerakan Perlahan". Group dari Jepun tu lebih kemas dan 'slow' dari group dari Indonesia ni.. Apapun, tetap menarik.. bukan senang nak menari macam tu.. Rasanya dekat Malaysia nie yang boleh buat macam tu group 'Elecoldxhot" ja kot...


S.P.E.E.D - 'It's Time To Party'


 Ini lagunya untuk semua
Bersuka ria tinggalkan duka
Kami di sini berbagi kasih
Untuk obati hati tersakiti

Ayunkan langkah seiring irama
Goyangkan diri it's time to party
Lupakan duka ikuti irama
Goyangkan diri it's time to party

Ayunkan langkah seiring irama
Goyangkan diri it's time to party
Lupakan duka ikuti irama
Goyangkan diri it's time to party

Saat kau sendu janganlah ragu
Dengarkan lagu yuk kita maju
Kami di sini berbagi kasih
Untuk obati hati tersakiti

Ayunkan langkah seiring irama
Goyangkan diri it's time to party

Lupakan duka ikuti irama
Goyangkan diri it's time to party

Ayunkan langkah seiring irama
Goyangkan diri it's time to party
Lupakan duka ikuti irama
Goyangkan diri it's time to party

Ayunkan langkah seiring irama
Goyangkan diri it's time to party
Lupakan duka ikuti irama
Goyangkan diri it's time to party

Ayunkan langkah seiring irama
Goyangkan diri it's time to party
Lupakan duka ikuti irama
Goyangkan diri it's time to party

(It's time to party)





P/S : 20.11.2011........ sekadar tarikh..... 



Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday #17

"................................."



P/S : Harap-harap sampai la hari ni.... ^_^

Sunday, November 13, 2011

Novel : Betulkah?

Betulkah? hasil karya Amanda Aniqah merupakan novel kedua yang mikro beli dan baru saja selesai menghabiskannya ^_^ Pada pendapat Mikro, mikro suka baca novel ni sebab jalan ceritanya tak membebankan jiwa dan raga mikro haha~ rasa seronok ja membaca sebab gaya penulisannya pun santai dan rileks. Novel ini memaparkan realiti dalam kehidupan tentang dunia persahabatan, bermula dari alam persekolahan hingga kesemua watak-watak dalam novel nie dah bekerjaya ^_^  Terdapat juga tentang dilema wanita, biasala...kalau dah berusia sikit, mesti la ramai orang akan sibuk bertanya pasal kahwin.. bila ada yang ingin meminang, hati pulak tak bersedia nak menerima...macam-macam lagi perkara yang berlaku dalam novel nie....ada jugak part yang kelakar dalam novel ni.. haha~ memang seronok ja membaca. Kalau nak seronok lagi, sila baca sambil ber'imaginasi' watak-watak tersebut, mesti gelak sorang-sorang kot.... :P


Kawan+Kawan = Aku+Kau = Bestfriend Forever (BFF)

Kawan+Kekasih = Sayang+Abang = Soulmate Forever (SMF) 


Penulis : Amanda Aniqah
Terbitan : Buku Prima
Harga : RM 18.90
ISBN : 978-967-0184-97-5
Halaman : 448


Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi orang sekeliling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia seorang wanita bila dah cukup umur. 

Betulkah sekarang masanya yang sesuai untuk berkahwin? Betulkah sudah muncul calon yang telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah menjelma?

Cinta sangat kompleks. Bukan sesenang kira 1, 2 & 3 atau macam kita selesaikan masalah matematik head capacity (Q=mc) masa sekolah menengah dulu. Cinta memang sukar dijangka. Maka sampai sekarang berat nak terima cinta. Tapi bila si dia berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari seorang teman?

---------------------------------

"Women are like internet virus, First, they enter your life, scan your pockets, transfer money, edit your mind, download their problems, delete your smile and hang your life."  - Nur Mawarni 

" You know you have me. Itulah gunanya kawan. Saling bantu-membantu. Saudara, kita akan peroleh begitu sahaja. Tapi kawan, kita sendiri yang kena cari." - Farhan 

" TUHAN bagi anggota kita secara berpasangan. Kenapa TUHAN kurniakan sekeping hati untuk kita? Kerana TUHAN memberi sekeping hati lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah cinta" - Anuar 

" Hai, tak puas lagikah cipta tension island ni? Baru kena pinang, belum ajak terjun Effiel Tower, tapi dah macam burung tak jumpa sarang yang sesuai." - Melati 

" Aku tak layak untuk sesiapa." - Nurul Suhailah

Sumber : Buku Prima



P/S : Next......!!!  






Goliath - Masih Disini Masih Denganmu

Lagu yang bagi mikro muziknya agak santai dan 'rileks'.... bleh senyum ja klu nyanyi lagu nie kot haha~ Mikro selalu jugak akan dengar lagu ni sambil buat kerja ataupun menyelongkar PC dekat rumah nie ^_^ rasanya sebab lagu nie santai ja kot, tak membebankan otak yang telah sedia maklum berat dengan pemikiran yang bercampur-campur hahaha~



Goliath - Masih Disini Masih Denganmu

ku pergi hanya sebentar saja
bukannya untuk menjauhimu
mencoba cari bagaimana baiknya untuk berdua
setelah kuputuskan kembali tuk pulang
mencari yang terkasih
tetapi kau bukan dirimu lagi
kau telah jauh berubah

ataukah kau sudah temukan yang baru

tolong jangan kau katakan kau suka
jangan-jangan kau pikirkan egomu saja
aku masih disini
biar kau tahu betapa sulitnya aku
selama ini cintai kamu
aku masih denganmu

cobalah kau ingat kembali
masa masa indah denganku
dan jujur apakah semua kini terlambat

ataukah kau sudah temukan yang baru



P/S : Tahap Kecergasan Hari Ini 65%




Saturday, November 12, 2011

Novel : Gelak Tergolek

Serius mikro telah menambah satu lagi koleksi hobi mikro iaitu membaca novel haha~ Wujudnya hobi membaca novel nie disebabkan oleh ketiadaan 'line' tenet di rumah lebih kurang sebulan macam tu la... Selalunya mikro akan habiskan masa terluang mikro di hadapan PC dekat rumah dengan men'download' drama, lepas tu layan. Jadi, bila 'line' tenet tak dak haritu, memang 'mati kutu' jugak la huuuu~ Jadi, sewaktu berlegar-legar di POPULAR tu, mikro saja la tengok-tengok bahagian novel sebab mikro tengok banyak novel yang kulit depannya bukan main menarik hati, perasaan, jiwa & lara lagi hahaha~ Akhirnya member ada terjumpa satu novel nie, dia tunjuk la dekat mikro. Bila mikro baca sikit, macam best ja... jadi mikro pun terbeli.... bermula dari situ la mikro baca novel haha~ Serius lawak kot novel yang mikro baca nie......

Gelak Tergolek

Penulis : Wann Azlan
Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Harga : RM 18.00

Sipnosis

GELAK TERGOLEK memaparkan kisah mamat sengal bernama Rahman yang menyulam cintanya dengan kekasih hati, Maimun.

Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dilaluinya sebelum berjaya mendirikan rumah tangganya dengan Maimun.

Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di ka...wasan kejiranan rumah Rahman.

Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.


Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.

"Aku terima nikahnya Siti Maimun Binti Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga puluh rakaat tunai.... " - Rahman

"Tiga puluh ringgit! bukan tiga puluh rakaat. Orang sembahyang terawih pun tak sampai tiga puluh rakaat" - Tok Kadi

 
Sumber : Kaki Novel 


P/S : Dah habis....Next!!!




Sunday, November 6, 2011

Kanda Band - Ku Bersujud Pada-Mu

Macam biasa... kali nie mikro nak kongsikan sebuah lagu dari Indonesia. Rasanya lagu ni dah lama kot, sebab tengok dekat youtube pun, video lagu nie telah di'upload' 2 tahun yang lepas. Mikro baru ja jumpa dan mikro rasa lagu ni mikro bleh layan... ^_^  Bersempena Hari Raya Aidiladha kali ini, Mikro tujukan lagu ini buat semua pembaca blog mikro yang memebaca & mendengar lagu di entri ini....




tak bisa ku hindari cobaan ini mengecam jiwaku
tapi ku percaya pasti kan ada cahaya menanti
semakin berat, semakin saja, aku menyebut nama-Mu

ku bersujud pada-Mu, bersyukur pada-Mu
ku menangis tanpa-Mu di hati

kepada-Mu ya Allah, untuk-Mu ya Robbi
ku pasrahkan mati dan hidupku

cahaya menanti
semakin berat, semakin saja, aku menyebut nama-Mu

ku bersujud pada-Mu, bersyukur pada-Mu
ku menangis tanpa-Mu di hati

kepada-Mu ya Allah, untuk-Mu ya Robbi
ku pasrahkan mati dan hidupku

ku bersujud pada-Mu, bersyukur pada-Mu
ku menangis tanpa-Mu di hati

kepada-Mu ya Allah, untuk-Mu ya Robbi
ku pasrahkan mati dan hidupku

kepada-Mu ya Allah, untuk-Mu ya Robbi
ku pasrahkan mati dan hidupku


P/S : Esok Kenduri lagi........

Thursday, November 3, 2011

Ingatkan 60, rupanya 65....

Salam Sejahtera diucapkan kepada pembaca sekalian.....

'Straight to the point'.... malas nak mengarut panjang-panjang hahaha~ mesti tertanya-tanya kan.. apa yang angka 60 dan 65 tu ter'tempek' di tajuk entri kali nie.....beratkah..? bilangankah...? harikah.? ataupun harga...?? yang sebenarnya, angka tersebut adalah bilangan tingkat yang terdapat di Bangunan KOMTAR tempat mikro kerja tu.... kalau tak percaya, jemput la kira sini.....

Boleh ka kira....? confirm la tak dapat kan..... haha~ 


Untuk pengetahuan semua juga, sebelum nie mikro memang ingat KOMTAR tu ada 60 tingkat ja sebab dalam lif yang mikro selalu naik tu, kalau tak salah terdapat sampai angka 58 ja. Mikro pun dengan pandainya telah membuat rumusan sendiri yang di KOMTAR hanya ada 60 tingkat (pengakuan ikhlas...) sebenaqnya ada 65 tingkat kesemuanya...hahaha~ mesti ada yang gelak guling-guling dengaq pengakuan nie kan.... tambah-tambah pulak yang kerja dekat KOMTAR..... :P

Apapun orang nak cakap, gelak ataupun mengata, hari ini telah tercatat satu lagi sejarah dalam hidup mikro heee~  rasanya tak semua orang yang dapat peluang macam mikro dapat hari nie.. Mikro berjaya sampai di tingkat paling atas KOMTAR, ataupun bahasa paling senang nak paham, 'Bumbung' KOMTAR... Excited tu.. gilak kot dapat naik atas bumbung/Helipad tu.... Mula-mula tu mau 'ketaq' kaki jugak la sebab tinggi sangat.... Gayaaattt!!!.... Bila dah lama dekat atas tu, teruih ok!! ^_^

Lagi satu, mikro rasa bertuah sangat sebab baru ja kerja dekat KOMTAR tu dah dapat sampai dekat Bumbung tu... Ada yang kerja berpuluh tahun dekat situ pun, bleum tentu lagi pernah naik sampai situ... Pemandangan dari atas tu memang cantik.... Subhanallah.... tak boleh nak gambarkan macam mana.... rasa lapang ja otak ni.... nak tengok macam mana 'view' dari atas tu.... jom tengok gambaq-gambaq di bawah.....


 cantik kan.....???

 Abaikan orang di bawah.... yeahh!!! berjaya menawan KOMTAR hahaha~


 Tengok cuaca di kawasan rumah..... herrmmm... macam nak hujan ja.... :P


 Yang nie kira bahan sejarah jugak la kot... tahun 1985 tu..... ditulis oleh Tun Awang....


 Dari Tingkat 64 nie, kena naik tangga di luar untuk sampai ke tingkat 65..... ^_^


Gambar terakhir untuk entri nie heeee~
v
v
v
v
v
v
v
v
Peace Yoo!!!!!!




P/S : hermmm..... nak pilih yang mana satu...??



Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #16

Amekaw......!!!




P/S : Hati Gumbira........ ^_^
Related Posts with Thumbnails

Labels

2011 (3) 2012 (20) 4Minute (1) 5S (1) 9Nine (1) AAA (2) Aeman (1) Afiq Muiz (13) Aidilfitri (3) Aishiteru (13) Aiskrim (1) AKB48 (2) Alena (1) Alleycats. Upin dan Ipin (1) Altimet (1) Amanda Aniqah (1) Amanda Misbun (5) Ana Raffali (1) Angry Bird (2) Anima (2) Anime (4) Anne (1) Apa Celop (5) Arashi (1) Areila Sahimi (1) Ariana (16) Armada Band (2) Artis (2) Asian Kung Fu Generation (1) AURORA (2) Avara Band (2) Azad Jasmin (5) Baik-Baik Sayang (1) Bantal (1) Bazaar (1) Berry Koubou (1) Bismillah... Aku Mencintaimu (1) Blazin Squad (1) Bleach (2) Blogger (2) Boneca (1) Bounce Stepperz (4) Bowling (1) Buah (1) Budi Doremi (1) Buku (1) Bunga (1) Carta Hati (1) Central Square (1) change (1) ChiBi (1) Cinta (25) Coklat (1) dadali (1) Daim (1) Dalam Mihrab Cinta (2) Dangdut (1) Delon (1) Detective Conan (1) Devotees (1) Dmasiv (1) Domo (2) Download (31) Drama (26) Duhai Hati (1) EdCoustic (1) Eikura Nana (1) Elecoldxhot (4) Elecoldxhot. 8TV (2) Erin Malik (13) Family (1) Far East (1) Fatih (2) Feelhoney (2) Filem (1) Firdaus (3) Fizz Fairuz (12) FLOW (1) Forheart (2) FTIsland (2) Funky Monkey Babys (1) Games (1) Girl Next Door (1) Girl's Generation (1) Goliath (1) Gradasi (2) Guar Perahu (3) Haddad Alwi (1) Hadiah (2) Hail Amir (1) Hargai Aku (1) Heavy Rotation (1) HELLO (1) Hiburan (107) hijjaz (4) HMC Phlow (4) Horikita Maki (1) Hujan (1) Hujan Band (1) Huseein (16) i-City (1) Ichigo (1) Ichikawa Yui (1) Idola Kecil (5) Ika Nabella (5) Ikimono gakari (4) Iklan (1) In-Team (1) Ina (1) Indie (2) Indo-pop (24) Indonesia (15) Intan Nuraini (1) Iqram Dinzly (13) Ishihara Satomi (1) Iwan (1) Izarah Aisyah (13) J-pop (12) Jac (1) jawatan Kosong (1) Jdrama (34) Jepun (14) JKT48 (1) Jmovies (15) Jmusic (29) Jpop (1) JUJU (1) JUNE (1) K-pop (1) Kahwin (2) Kaki Novel (1) Kamal Adli (5) Kamiji Yusuke (1) Kanak-kanak (5) Kanda Band (1) KARA (1) KAT-TUN (1) Katori Shingo (1) KBU (31) KCB (2) Kedah (5) Keluarga (1) Kenangan (1) Kenduri (1) kesihatan (1) Ketam (1) Ketika Cinta Bertasbih (1) Kewangan (1) Khidmat Masyarakat (1) Kiss (1) Komtar (7) Kuninaka Ryoko (1) LA LUNA (1) Langit Vanilla (1) Langkawi (1) Las Ketchup (1) Latasha (2) Latif (1) Lawak (7) Leen (1) Liar Game (1) Liar Game : Reborn (1) M. Nasir (1) Mabuk (1) Maher Zain (1) Mai Hoshimura (1) Makan (6) Makan Angin (2) Malaysia (51) Mana Ashida (1) Marshanda (3) Matsuda Shota (1) McD (1) Mdrama (47) Media Prima (47) Mediafire (34) Mee (1) Mei-chan no Shitsuji (1) Melaka (1) Melayu (42) Merbok (1) Mesej (1) Mestica (4) Mikako Tabe (1) Mikhail (16) Mirwana (1) miwa (4) Mizushima Hiro (1) Monkey Majik (1) Morning Musume (2) Motivasi/Renungan (62) Movie (2) Muka Buku (2) Mutiara Hati (1) Muzik (2) MV (1) Nagaswara (1) Najwa (1) Najwa Latif (3) Naka Riisa (1) Nasihat (3) Nasyid (37) Negeri Sembilan (2) New Sakha (1) Nilai (2) Nora Danish (16) Novel (4) NOVI (1) Nur Kasih (1) Oguri Shun (2) Ore Ska Band (1) Oricon (1) Panic (2) Pantai (1) Paradise Kiss (1) Pengantin (1) Pengapit (1) Perak (4) Peribadi (42) Perlis (2) Personal (27) Porno Graffiti (1) Pulau Aman (1) Pulau Pinang (25) PV (8) R-if (2) Rain (1) Ramadhan (26) Rast (1) Ratu (16) Raya (4) Realiti (2) Reefa Band (1) Rei Fu (1) Ringgit Malaysia (1) Rokusteps (4) Ruffedge (16) Rukia (1) S.P.E.E.D (1) S9B (1) SanTai/Rileks Minda (185) Saujana (3) Sayang (1) SCANDAL (4) Sedekah (1) Selangor (1) Selawat (1) Sembilu (1) Sen (1) Senyum (26) SeX (1) Shah Alam (1) Shenthy Feliziana (5) SHINee (1) Shion Tsuji (1) Shodown (2) Showdown 2011 (3) Sinetron (1) Singkatan (1) Siti Musliha (1) Snada (2) StarFive (1) Stereopony (1) Stinky (2) Strawberi (2) Suby (1) Sudirman (1) SUK (7) Sulis (1) Sungai Petani (1) Surat (1) Suzanne (1) Syiling (1) Taiyuddin Bakar (5) Takaharasuiko (1) Taxi Band (1) The Zikr (2) Toblerone (1) Toda Erika (2) TOKIO (1) Tutti Frutti (1) TV3 (18) TV9 (34) Udin (1) Ueto Aya (4) UiTM (1) Uji Rashid (1) Umum (95) UNIC (4) Utopia (1) UverWorld (1) Van (1) Vanila Coklat (13) Video (2) Wali Band (1) Wan Sharmila (5) Wani Ardy (1) Wany Ardi (1) Wordless Wednesday (29) WORLD ORDER (1) Yamada Yu (1) Younha (1) Youtube (1) Yui (7) Zed Zaidi (5) Zivilia Band (2)