banner

Followers

Showing posts with label SUK. Show all posts
Showing posts with label SUK. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Orang dah 'Shopping' Baju raya Tapi Aku......???

Orang dah 'Shopping' Baju raya Tapi Aku......

Sebenarnya aku x 'Shopping' baju raya lagi sebab rasa macam awal ja lg kot hihi~ 
Tadi aku ngan opismate aku sempat la keluar untuk ber'shopping' barang-barang di Mydin, Bukit Jambul untuk diberikan kepada insan-insan yang memerlukan. Macam biasa la, aktiviti nie dilakukan 'start' dari tahun lepas kalau tak salah la :P Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ni apa salahnya kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Disamping Pahala yang kita dapat, kita jugak akan memperolehi keberkatan dari rezeki yang kita perolehi selama ini (dah mcm ustaz daaa.....). Hulurkan Tangan, Ringan Beban...... ^_^ 


 Antara barang-barang yang dibeli untuk diagihkan ^_^


 Haa... yang dua orang nie sedang duk buat bajet balik sebab ada lebihan hihi~



Aku nie ada rupa mcm pekerja Mydin ka....???
Kepada siapa barang-barang nie akan diagihkan... nantikan di'update' yang akan datang InsyaALLAH :)


P/S : Aku ada jual mercun bawang...nak beli?? sekotak 5 kupang haha~



Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday#27





P/S : Teruskan Menunggu..... Jangan Putus Asa ^_^


Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday#23





P/S : Terima Kasih Kepada Si Pemberi hehehe~


Thursday, November 3, 2011

Ingatkan 60, rupanya 65....

Salam Sejahtera diucapkan kepada pembaca sekalian.....

'Straight to the point'.... malas nak mengarut panjang-panjang hahaha~ mesti tertanya-tanya kan.. apa yang angka 60 dan 65 tu ter'tempek' di tajuk entri kali nie.....beratkah..? bilangankah...? harikah.? ataupun harga...?? yang sebenarnya, angka tersebut adalah bilangan tingkat yang terdapat di Bangunan KOMTAR tempat mikro kerja tu.... kalau tak percaya, jemput la kira sini.....

Boleh ka kira....? confirm la tak dapat kan..... haha~ 


Untuk pengetahuan semua juga, sebelum nie mikro memang ingat KOMTAR tu ada 60 tingkat ja sebab dalam lif yang mikro selalu naik tu, kalau tak salah terdapat sampai angka 58 ja. Mikro pun dengan pandainya telah membuat rumusan sendiri yang di KOMTAR hanya ada 60 tingkat (pengakuan ikhlas...) sebenaqnya ada 65 tingkat kesemuanya...hahaha~ mesti ada yang gelak guling-guling dengaq pengakuan nie kan.... tambah-tambah pulak yang kerja dekat KOMTAR..... :P

Apapun orang nak cakap, gelak ataupun mengata, hari ini telah tercatat satu lagi sejarah dalam hidup mikro heee~  rasanya tak semua orang yang dapat peluang macam mikro dapat hari nie.. Mikro berjaya sampai di tingkat paling atas KOMTAR, ataupun bahasa paling senang nak paham, 'Bumbung' KOMTAR... Excited tu.. gilak kot dapat naik atas bumbung/Helipad tu.... Mula-mula tu mau 'ketaq' kaki jugak la sebab tinggi sangat.... Gayaaattt!!!.... Bila dah lama dekat atas tu, teruih ok!! ^_^

Lagi satu, mikro rasa bertuah sangat sebab baru ja kerja dekat KOMTAR tu dah dapat sampai dekat Bumbung tu... Ada yang kerja berpuluh tahun dekat situ pun, bleum tentu lagi pernah naik sampai situ... Pemandangan dari atas tu memang cantik.... Subhanallah.... tak boleh nak gambarkan macam mana.... rasa lapang ja otak ni.... nak tengok macam mana 'view' dari atas tu.... jom tengok gambaq-gambaq di bawah.....


 cantik kan.....???

 Abaikan orang di bawah.... yeahh!!! berjaya menawan KOMTAR hahaha~


 Tengok cuaca di kawasan rumah..... herrmmm... macam nak hujan ja.... :P


 Yang nie kira bahan sejarah jugak la kot... tahun 1985 tu..... ditulis oleh Tun Awang....


 Dari Tingkat 64 nie, kena naik tangga di luar untuk sampai ke tingkat 65..... ^_^


Gambar terakhir untuk entri nie heeee~
v
v
v
v
v
v
v
v
Peace Yoo!!!!!!




P/S : hermmm..... nak pilih yang mana satu...??



Monday, October 24, 2011

Bersyukurkah Kita Ep : 02

Assalamu'alaikum.....

Masih ingatkah lagi anda semua kepada entri mikro sebelum ini yang bertajuk "Bersyukurkah kita...?" dalam entri tersebut mikro ada cerita dan tunjukkan seorang nenek yang tinggal seorang diri dalam keadaan rumah yang sangat daif...

Hari ini mikro dan rakan-rakan pejabat yang lain sempat membuat kunjungan kali ke-2 ke rumah nenek tersebut bagi menghulurkan sumbangan bersempena perayaan Deepavali yang akan disambut 'lusa'. Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan dari kakitangan unit mikro bekerja dan dihulurkan kepada 3 buah keluarga yang kami rasa amat memerlukan bantuan. Nenek nie termasuk dalam senarai keluarga tersebut disamping 2 buah keluarga India yang kami akan berikan sumbangan pada hari khamis ini. Rasanya selepas ini, setiap kali tiba musim perayaan, Unit yang mikro bekerja sekarang akan membuat sumbangan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

Rasa bersyukur sangat bila sampai di rumah nenek tersebut, mikro lihat nenek tersebut masih lagi tinggal di situ. kali nie, lebih kurang 8 orang staf pejabat yang ikut ke rumah nenek tersebut termasuklah bos mikro. Sewaktu kami tiba, nenek tersebut baru balik sambil ditemani oleh adiknya yang hampir sebaya dengannya tetapi lebih terurus... Ketibaan kami disambut dengan senyuman nenek tersebut menyebabkan beberapa hati tersentuh (mikra agak2 ja nie hahaha~)

Antara barang-barang sumbangan yang kami beri.....






 Sesi beramah mesra dengan nenek tersebut.... ^_^


 Yang duduk pakai cermin mata tu la bos Mikro....

 Semua duk tengok apa tak tau dekat luaq tu.......

 haaa... makanan yang bagi aritu ada dekat dalam bilik tu !!!

 Masih sama seperti sebelum ini.... :(

 Tempat tido nenek tersebut & bumbung yang telah ditukar

 tempat mandi nenek tersebut mikro rasa....bila tengok dari segi keadaan tempat tersebut...

Semua duk dengaq nenek tu duk bercerita mengenai anaknya...... (Touching kot~ )

 Duduk sat naa... nenek nak pi ambik benda sat...... (Mikro ??? terpinga-pinga seketika...)

Dihulurkan kepada mikro sebuah buku nota kecil yang tercatat ayat-ayat suci Al-Quran yang ditulis oleh anaknya..... Di hadapan buku tersebut terdapat nama anak dan tarikh anaknya yang meninggal dunia yang ditulis oleh nenek tersebut sebagai ingatan kepada anaknya...... :-(

Sebelum kami balik nenek tu sempat mendoakan kami semua kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat... semoga apa yang kami lakukan ini diberkati oleh-NYA....... Aminn... kalau ada umur panjang, nanti kami datang lagi.... ^_^



P/S : Lagi 2 hari......




Friday, October 14, 2011

Majlis Bacaan Yassin & Penghargaan 5S

Assalamua'alaikum....

Alhamdulillah.... sekali lagi mikro diberi kesempatan untuk menulis di blog ini yang hampir-hampir bersawang ^_^ ataupun ada orang tolong datang sini cuci hahaha~ sebab mikro tak nampak sawang lagi pun....

Terus merujuk kepada tajuk entri kali ni.. Baru-baru ini Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP)  telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Penghargaan 5S bertempat di Unit Kewangan & Audit Dalam, Tingkat 49, KOMTAR (Pejabat mikro bekerja sekarang..) yang dihadiri oleh Jadi selaku tuan rumah, mestila sibuk kan hahaha~ errrr.... sibuk ka...? Hermmm.. tak pasti la nak cakap macam mana.... tetapi memang kena buat kerja la... Majlis ini telah diadakan selepas Solat Jumaat bertarikh 07 Oktober 2011...  Semasa majlis ni dijalankan sempat jugak la mikro 'snap' beberapa keping gambaq.. (Beberapa keping la sangat kan.... !!!! ) :P

 Antara tetamu VIP yang hadir......


 Antara Staf SUK yang hadir... ( yang tak hadir pakat duk tengok bajet kot... :p )



 Lepas Majlis Bacaan Yassin.... Ada la sedikit jamuan disediakan.... ^_^

 Yang nie, orang suruh pi makan, tapi dia duk 'posing' pulak hahaha~


 Suasana Ketika Jamuan Ringan

En. Zubir selaku orang wakil dari Pusat Teknologi Maklumat & Komputer Negeri (PTMKN)

 Yang nie pulak wakil dari Bahagian Komunikasi Korporat (BKK)

 Err... yang nie, dari Bahagian Pengurusan Majlis & Protokol serta DUN.. Pejabat sebelah ja... :p

Staf Unit Kewangan...... tak payah nak perkenal kot sorang-sorang....






Sesuku (sebab tak sampai 1/2) Keluarga Unit Kewangan.................

 Penghargaan 5S

Cuma nak berkongsi berkenaan 5S dengan pembaca sekalian... Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Amalan 5S tu.. boleh la klik SINI. Untuk Amalan 5S ini, setiap pejabat telah ditetapkan Zon-zon tertentu yang akan diuruskan oleh seorang Ketua Zon dan Ahli Jawatankuasanya... Bagi Unit Kewangan tempat Mikro bekerja, hanya terdapat satu zon sahaja iaitu "ZON RIYAL"...

Sudut 5S Zon Riyal yang Ceria hahaha~

Gambar Sebelum dan Selepas Amalam 5S
v
v
v
v
v
v
v
v
Dan hasil setelah berhempas pulas dan bersusah payah bagi menjayakan amalan 5S nie.....


Terima Kasih Diucapkan kepada semua Kakitangan Unit Kewangan serta Semua Kakitangan PSUKPP yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan Amalan 5S ini....



ZON RIYAL (Unit Kewangan)





Sekian.....

P/S : Macam-macam aihh!!! letih nak melayan... 



 







Related Posts with Thumbnails

Labels

2011 (3) 2012 (20) 4Minute (1) 5S (1) 9Nine (1) AAA (2) Aeman (1) Afiq Muiz (13) Aidilfitri (3) Aishiteru (13) Aiskrim (1) AKB48 (2) Alena (1) Alleycats. Upin dan Ipin (1) Altimet (1) Amanda Aniqah (1) Amanda Misbun (5) Ana Raffali (1) Angry Bird (2) Anima (2) Anime (4) Anne (1) Apa Celop (5) Arashi (1) Areila Sahimi (1) Ariana (16) Armada Band (2) Artis (2) Asian Kung Fu Generation (1) AURORA (2) Avara Band (2) Azad Jasmin (5) Baik-Baik Sayang (1) Bantal (1) Bazaar (1) Berry Koubou (1) Bismillah... Aku Mencintaimu (1) Blazin Squad (1) Bleach (2) Blogger (2) Boneca (1) Bounce Stepperz (4) Bowling (1) Buah (1) Budi Doremi (1) Buku (1) Bunga (1) Carta Hati (1) Central Square (1) change (1) ChiBi (1) Cinta (25) Coklat (1) dadali (1) Daim (1) Dalam Mihrab Cinta (2) Dangdut (1) Delon (1) Detective Conan (1) Devotees (1) Dmasiv (1) Domo (2) Download (31) Drama (26) Duhai Hati (1) EdCoustic (1) Eikura Nana (1) Elecoldxhot (4) Elecoldxhot. 8TV (2) Erin Malik (13) Family (1) Far East (1) Fatih (2) Feelhoney (2) Filem (1) Firdaus (3) Fizz Fairuz (12) FLOW (1) Forheart (2) FTIsland (2) Funky Monkey Babys (1) Games (1) Girl Next Door (1) Girl's Generation (1) Goliath (1) Gradasi (2) Guar Perahu (3) Haddad Alwi (1) Hadiah (2) Hail Amir (1) Hargai Aku (1) Heavy Rotation (1) HELLO (1) Hiburan (107) hijjaz (4) HMC Phlow (4) Horikita Maki (1) Hujan (1) Hujan Band (1) Huseein (16) i-City (1) Ichigo (1) Ichikawa Yui (1) Idola Kecil (5) Ika Nabella (5) Ikimono gakari (4) Iklan (1) In-Team (1) Ina (1) Indie (2) Indo-pop (24) Indonesia (15) Intan Nuraini (1) Iqram Dinzly (13) Ishihara Satomi (1) Iwan (1) Izarah Aisyah (13) J-pop (12) Jac (1) jawatan Kosong (1) Jdrama (34) Jepun (14) JKT48 (1) Jmovies (15) Jmusic (29) Jpop (1) JUJU (1) JUNE (1) K-pop (1) Kahwin (2) Kaki Novel (1) Kamal Adli (5) Kamiji Yusuke (1) Kanak-kanak (5) Kanda Band (1) KARA (1) KAT-TUN (1) Katori Shingo (1) KBU (31) KCB (2) Kedah (5) Keluarga (1) Kenangan (1) Kenduri (1) kesihatan (1) Ketam (1) Ketika Cinta Bertasbih (1) Kewangan (1) Khidmat Masyarakat (1) Kiss (1) Komtar (7) Kuninaka Ryoko (1) LA LUNA (1) Langit Vanilla (1) Langkawi (1) Las Ketchup (1) Latasha (2) Latif (1) Lawak (7) Leen (1) Liar Game (1) Liar Game : Reborn (1) M. Nasir (1) Mabuk (1) Maher Zain (1) Mai Hoshimura (1) Makan (6) Makan Angin (2) Malaysia (51) Mana Ashida (1) Marshanda (3) Matsuda Shota (1) McD (1) Mdrama (47) Media Prima (47) Mediafire (34) Mee (1) Mei-chan no Shitsuji (1) Melaka (1) Melayu (42) Merbok (1) Mesej (1) Mestica (4) Mikako Tabe (1) Mikhail (16) Mirwana (1) miwa (4) Mizushima Hiro (1) Monkey Majik (1) Morning Musume (2) Motivasi/Renungan (62) Movie (2) Muka Buku (2) Mutiara Hati (1) Muzik (2) MV (1) Nagaswara (1) Najwa (1) Najwa Latif (3) Naka Riisa (1) Nasihat (3) Nasyid (37) Negeri Sembilan (2) New Sakha (1) Nilai (2) Nora Danish (16) Novel (4) NOVI (1) Nur Kasih (1) Oguri Shun (2) Ore Ska Band (1) Oricon (1) Panic (2) Pantai (1) Paradise Kiss (1) Pengantin (1) Pengapit (1) Perak (4) Peribadi (42) Perlis (2) Personal (27) Porno Graffiti (1) Pulau Aman (1) Pulau Pinang (25) PV (8) R-if (2) Rain (1) Ramadhan (26) Rast (1) Ratu (16) Raya (4) Realiti (2) Reefa Band (1) Rei Fu (1) Ringgit Malaysia (1) Rokusteps (4) Ruffedge (16) Rukia (1) S.P.E.E.D (1) S9B (1) SanTai/Rileks Minda (185) Saujana (3) Sayang (1) SCANDAL (4) Sedekah (1) Selangor (1) Selawat (1) Sembilu (1) Sen (1) Senyum (26) SeX (1) Shah Alam (1) Shenthy Feliziana (5) SHINee (1) Shion Tsuji (1) Shodown (2) Showdown 2011 (3) Sinetron (1) Singkatan (1) Siti Musliha (1) Snada (2) StarFive (1) Stereopony (1) Stinky (2) Strawberi (2) Suby (1) Sudirman (1) SUK (7) Sulis (1) Sungai Petani (1) Surat (1) Suzanne (1) Syiling (1) Taiyuddin Bakar (5) Takaharasuiko (1) Taxi Band (1) The Zikr (2) Toblerone (1) Toda Erika (2) TOKIO (1) Tutti Frutti (1) TV3 (18) TV9 (34) Udin (1) Ueto Aya (4) UiTM (1) Uji Rashid (1) Umum (95) UNIC (4) Utopia (1) UverWorld (1) Van (1) Vanila Coklat (13) Video (2) Wali Band (1) Wan Sharmila (5) Wani Ardy (1) Wany Ardi (1) Wordless Wednesday (29) WORLD ORDER (1) Yamada Yu (1) Younha (1) Youtube (1) Yui (7) Zed Zaidi (5) Zivilia Band (2)