banner

Followers

Thursday, April 28, 2011

~ Kalau Ada Orang nak Bagi RM 10,000 Nak Tak..???? ~


Aku rasa dapat agak apa jawapan yang aku akan dapat...haha! Sapa la yang tak mau kalau ada orang nak bagi duit sebanyak tu kan..?? betui tak..?? Sebenarnya Lepas Maghrib tadi, adik aku ada dapat panggilan dari no +6281******5.... Dia bagitau la yang dia wakil dari sebuah Syarikat Telekomunikasi yang agak terkenal jugak la nak bagi adik aku tu RM 10,000 malam nie jugak... Dia cakap adik aku bertuah la, apa la...Bla...bla....bla..... Kalau ikut logik memang aku tak percaya langsung la.. Gilakkk!!! malam-malam macam nie dia suruh adik aku tu p Bank Islam. Bila dah sampai sana dia suruh kol dia di no 013-867****. Dia nak masukkan duit ke dalam akaun adik aku. Lepas tu dia nak suruh adik aku tu 'confirm' balik dekat dia yang duit tu dah masuk... Orang tu jugak cakap benda ni kena settle malam nie jugak.. esok tak boleh.... Sekarang nie adik aku duk 'bergayut' dengan orang tu lagi....

Hah! kalau ampa la..... sanggup ka nak p bank malam-malam macam nie...?? Logik ka berurusan waktu malam...??


P/S : Umpama mimpi dalam mimpi....... ^_^

~ Tak Sampai Seminggu Dah 3 kali Ok!!! ~

Terbaik, Sempoi, Gempak...... memang dasyat betul la penangan KBU neh..... huhu! buat aku nak makan pown tak selera, Tidoq tak lena.....mandi basah ok!! haha....Belum sampai seminggu lagi pun, tapi dah 3 kali aku keluar jumpa geng-geng KBU yang berada di dalam kawasan liputan ^_^ Ampa suma memang best la. Pantang ajak keluaq ja, mesti jadi... Aku sampai naik takut nak ajak keluaq hahaha!

Sekarang ni, aku tak mau menulis panjang-panjang (padahal segan...) ampa tengok sendiri la kronologi gambaq-gambaq yang aku sertakan di bawah ni....


23/04/2011
MiniGath di rumah Onie, Tatia & Erika


Meriah aihhhhh.... ^_^


24/04/2011
Kayuh & Kayak Di Taman Tasik Jitra



Balik pakat lenguh habih kaki & Tangan..... :p


Yang Terbaru!!!!


27/04/2011
Santai, Sembang...& kenyang Di Pacific & CKT Permatang Pauh

Kekecewaan Tak dapt main Bowling!!!!


Yang nie aku tak pasti motif sebenar kenapa tangan suma kena buat macam tu........ ikut ja....


Teserlah ke'COMEL'an hahaha!......


Hermmmm..... ???? Kenapakah..???


Geng 'Jejak Kasih'......




Wajah-wajah Geng KBU yang ........... (nak tulih apa eh..??)


Terima Kasih banyak-banyak kepada yang hadir semalam.... Kredit untuk Erin Azizan & Farhana Norsham untuk gambaq-gambaq di atas...... ^_^

Jom Santai Dekat Sini pulak...

Erin Azizan
NAMI

P/S : Dah nak masuk Bln 5..... beban semakin bertambah....... :(

Monday, April 25, 2011

~ KBU Punya Pasal la nie...... ~

Semalam (24/04/2011) merupakan hari yang aku rasa hari yang aku buleh rekod buku sejarah untuk rujukan di masa jadapan... Mana taknya... Aku telahpown melakukan sesuatu diluar jangkaan aku selama ni... aku tak pernah buat benda-benda macam nie sebelum ni. Sejak kebelakangan ni saja aku dah lain macam sikit haha! Ini semua berlaku disebabkan oleh KBU.......  bagi orang lain mungkin rasa biasa la kan apa yang aku buat ni. Tapi bagi aku sungguh luar biasa. Aku ni bukan jenis yang kerap keluar pergi jalan-jalan neh huhu~ bagi member-member yang kenal aku, depa suma tau aku macam mana..... ^_^

Benda apa yang aku buat..???
Haaa..... mai tegok gambaq di bawah ni....
-
-
-
-
-
-
-
-


 Haaa.....Aku p Jitra petang semalam semata-mata nak naik 'benda' tu ja.... ???

Dalam keadaan hujan lebat, sanggup keluar rumah pukul 3.15 petang sebab nak p ambik Adam Zulhilmi & Daus Spartanz di Simpang Ampat, P. Pinang. Kemudian, hantar Daus Spartanz ke Terminal Bas Butterworth oleh sebab beliau ingin ke KL atas urusan peribadi... ^_^ Bertolak dari Butterworth dalam pukul 4.40 petang. Aku janji dengan nak ambik Kak Shida di Pendang pukul 5.30 petang....huhu! Nasib la sempat jugak sampai seperti yang dijanjikan. Di Pendang tu, Sambil tunggu Kak Shida tu, sempat jugak la berjumpa dengan Anith Shasha Chan yang tak dapat ikut sebab bekerja huhu! Jangan Jeles naaa!!! :p

Lepas tu baru baru kami bertiga (Aku, Adam & Kak Shidah) bertolak ke Taman Tasik Jitra. Aku pernah sampai situ sekali ja sebelum ni haha!  lebih kurang pukul 6.15 petang kami pown sampai... haaa...bukan kami 3 orang ja yang dah sampai, Munet Da Minerelisme, Tatia Bulat, Kawan Munet & Farhan Al-Jitrawi pown ada suda di sana. Jadi, tanpa berlengah lagi, kami ber'7' pown sepakat nak masuk dalam ayaq haha! bukan berenang na... tapi naik kayak dan benda kayuh tu (tak tau nama)...

 Farhan duk lambai sapa tu...???

 Kayuh & Kayak sampai Lenguh kaki tangan aihhh!!!



Aksi Spontan Munet (Jurugambaq)...hehe!

Sampai kelam jugak la kami kayuh & kayak baru ingat nak balik daratan hahaha! Ingatkan dah nak balik ja, Akan tetapi tak jadi sebab kemunculan 2 orang gadis/wanita/perempuan ni...
-
-
-
-
-
Siapakah Mereka...???? hehe! Dari kiri Siti Jusiza & Haiqan Namtho

Semua dah sampai kan..?? jadi tunggu apa lagi.... sesi bergambaq sakan la walaupown hari dah kelam :p


Dan yang sebenarnya aku buat benda-benda nie semua bukan sebab 'benda' kayuh tu, tetapi adalah disebabkan oleh ni..... ^_^
-
-
-
-
-
-
-
-
WE'RE FAMILY...... ^_^
(maap tak cukup 1 tangan haha! patut 9 orang)

Jom Berkayak ke blog nie Pulak....

Tatia Bulat
Farhan Al-Jitrawi


P/S : Lepaih nie kalau ada nak buat miniGath roger-roger la Mikro ^_^ Kita kan Sekeluarga....... 



Saturday, April 23, 2011

~ MiniGath a.k.a Gath Raya hahaha! ~


Taman Pauh Jaya, Hari ini (23/04/2011) - Terdapat sekumpulan blogger-blogger yang menggelarkan diri mereka sebagai "Kami Blogger Utagha (KBU) " telah mengadakan satu perjumpaan yang melibatkan hampir 30 orang blogger (agak2 ja neh :p) dekat sini, pagi tadi. Adalah dimaklumkan juga bahawa perjumpaan tersebut dibuat bertujuan untuk meraikan geng KBU iaitu Onie Iyoko, Tatia Bulat & Erika rain yang akan berangkat pulang ke kampung/bandar halaman masing-masing setelah selesai sesi pengajian mereka di IPTA yang berdekatan serta meraikan ulang tahun kelahiran Adam Zulhilmi yang ke-....( lupa la pulak )

Majlis tersebut telah bermula seawal jam 11 pagi (aku sampai 11.30 kalau tak silap). Setibanya di tempat kejadian, kelihatan beberapa orang perempuan/wanita/gadis sedang melakukan sesuatu di luar rumah. Setelah siasatan dibuat, didapati mereka sedang memanggang ayam untuk dihidangkan kepadaahli-ahli KBU yang telah dijemput. Kelainan yang dapat dilihat pada majlis tersebut adalah setiap ahli yang hadir digalakkan membawa buah tangan ( makanan ) untuk dijadikan hidangan. Antara kelainan lain adalah, setiap ahli yang hadir perlulah berpakaian mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu berbaju melayu bagi blogger lelaki dan berbaju kurung bagi yang perempuan. Tahap peratusan yang telah mengikut tema adalah amat memberangsangkan iaitu melebihi 90%. Ini menunjukkan kesemua ahli-ahli KBU sepakat & bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Lebih kurang jam 2.00 petang, Jamuan bagi majlis yang berkenaan dimulakan. Hasil daripada keprihatinan ahli-ahli yang hadir membawa buah tangan, berbagai jenis makanan telah dapat dihidangkan. Kesemua Ahli-ahli KBU menjamu selera  sambil bergurau senda sesama mereka.Selepas itu, sesi 'Ice Breaking' telah dilakukan bagi mengenali ahli-ahli KBU yang hadir dengan lebih dekat lagi. Bagi sesi 'Ice Breaking' ini, pertanyaaan yang sering dilontarkan oleh ahli KBU adalah "Kenapa Anda Berbelog???". Akhirnya majlis telah tamat dengan jayanya lebih kurang jam 5 petang...

Tuan rumah : Erika, Tatia & Onie (dari kiri)
barisan belakang : Dek Nazzs, Cik Gksb (Founder) & K. Adish Shida


Geng yang paling ramai pengikut.......Geng 'Ungu'


Geng dapur merangkap Geng Luar Rumah hehe!


 Errrr.....yang nie tak tau Geng mana..????



Menjamu Selera Sambil Beramah Mesra ^_^



 Sesi "Ice Breaking" (",)




Selesai Suda....Mau Berangkat Pulang....." Terima Kasih Semua ^_^ "

Jom terjah yang dah buat Entri :

Hajar Rasdi 
Munet da Minerelisme
Cik Gksb 
Syukri Hasshan
Erin Azizan
Nadzli Azlan 
Nur Fatyn
Nadh Zher Ee
Hidir Abdullah
Tatia Bulat
Kak Adish Shida 
Enchik Hyde
Erika Rain
Noo Oor 



P/S : Minta maaf kalau ada salah dan silap......


~ Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke ~

Haa..... tengok tajuk entri macam bahasa jepun ja kan.... ^_^ yang sebenarnya memang bahasa jepun pown hehe! perkataan-perkataan tersebut merupakan salah satu kaedah pengurusan yang akan/sedang dilaksanakan di pejabat aku sekarang ni. Amalan 5S ini dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas & selamat....Jadi sekarang ni pejabat yang aku bekerja sedang dalam proses untuk melaksakan Amalan 5S ni la..

Matlamat Amalan 5S
Mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

Apa itu 5S??

1. Seiri = Sisih 
Pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.

2. Seiton = Susun 
Kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan & selamat.

3. Seiso = Sapu 
Tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan.

4. Seiketsu = Seragam 
Sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturanya. Dilaksanakan dengan mewujudkan keseragaman prosedur,susun atur & piawai.

5. Shitsuke = Sentiasa Amal
Usaha mengekalkan 4 amalan 5S yang di atas di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di Premis Jabatan/Agensi.


Budak nie Pulun duk mewarna.....Hehe!


 Nie Laci setelah dilabel........


 PC pown kena jugak........huhu~



Ruang Pejabat di mana Mikro kerja... Perasan dak dekat lampu tu ada 'tag' jugak.... hahaha!
 




P/S : Sebab apa aku buat entri pasal benda nie... ??? Haa.. Sendiri Pikir la....




Related Posts with Thumbnails

Labels

2011 (3) 2012 (20) 4Minute (1) 5S (1) 9Nine (1) AAA (2) Aeman (1) Afiq Muiz (13) Aidilfitri (3) Aishiteru (13) Aiskrim (1) AKB48 (2) Alena (1) Alleycats. Upin dan Ipin (1) Altimet (1) Amanda Aniqah (1) Amanda Misbun (5) Ana Raffali (1) Angry Bird (2) Anima (2) Anime (4) Anne (1) Apa Celop (5) Arashi (1) Areila Sahimi (1) Ariana (16) Armada Band (2) Artis (2) Asian Kung Fu Generation (1) AURORA (2) Avara Band (2) Azad Jasmin (5) Baik-Baik Sayang (1) Bantal (1) Bazaar (1) Berry Koubou (1) Bismillah... Aku Mencintaimu (1) Blazin Squad (1) Bleach (2) Blogger (2) Boneca (1) Bounce Stepperz (4) Bowling (1) Buah (1) Budi Doremi (1) Buku (1) Bunga (1) Carta Hati (1) Central Square (1) change (1) ChiBi (1) Cinta (25) Coklat (1) dadali (1) Daim (1) Dalam Mihrab Cinta (2) Dangdut (1) Delon (1) Detective Conan (1) Devotees (1) Dmasiv (1) Domo (2) Download (31) Drama (26) Duhai Hati (1) EdCoustic (1) Eikura Nana (1) Elecoldxhot (4) Elecoldxhot. 8TV (2) Erin Malik (13) Family (1) Far East (1) Fatih (2) Feelhoney (2) Filem (1) Firdaus (3) Fizz Fairuz (12) FLOW (1) Forheart (2) FTIsland (2) Funky Monkey Babys (1) Games (1) Girl Next Door (1) Girl's Generation (1) Goliath (1) Gradasi (2) Guar Perahu (3) Haddad Alwi (1) Hadiah (2) Hail Amir (1) Hargai Aku (1) Heavy Rotation (1) HELLO (1) Hiburan (107) hijjaz (4) HMC Phlow (4) Horikita Maki (1) Hujan (1) Hujan Band (1) Huseein (16) i-City (1) Ichigo (1) Ichikawa Yui (1) Idola Kecil (5) Ika Nabella (5) Ikimono gakari (4) Iklan (1) In-Team (1) Ina (1) Indie (2) Indo-pop (24) Indonesia (15) Intan Nuraini (1) Iqram Dinzly (13) Ishihara Satomi (1) Iwan (1) Izarah Aisyah (13) J-pop (12) Jac (1) jawatan Kosong (1) Jdrama (34) Jepun (14) JKT48 (1) Jmovies (15) Jmusic (29) Jpop (1) JUJU (1) JUNE (1) K-pop (1) Kahwin (2) Kaki Novel (1) Kamal Adli (5) Kamiji Yusuke (1) Kanak-kanak (5) Kanda Band (1) KARA (1) KAT-TUN (1) Katori Shingo (1) KBU (31) KCB (2) Kedah (5) Keluarga (1) Kenangan (1) Kenduri (1) kesihatan (1) Ketam (1) Ketika Cinta Bertasbih (1) Kewangan (1) Khidmat Masyarakat (1) Kiss (1) Komtar (7) Kuninaka Ryoko (1) LA LUNA (1) Langit Vanilla (1) Langkawi (1) Las Ketchup (1) Latasha (2) Latif (1) Lawak (7) Leen (1) Liar Game (1) Liar Game : Reborn (1) M. Nasir (1) Mabuk (1) Maher Zain (1) Mai Hoshimura (1) Makan (6) Makan Angin (2) Malaysia (51) Mana Ashida (1) Marshanda (3) Matsuda Shota (1) McD (1) Mdrama (47) Media Prima (47) Mediafire (34) Mee (1) Mei-chan no Shitsuji (1) Melaka (1) Melayu (42) Merbok (1) Mesej (1) Mestica (4) Mikako Tabe (1) Mikhail (16) Mirwana (1) miwa (4) Mizushima Hiro (1) Monkey Majik (1) Morning Musume (2) Motivasi/Renungan (62) Movie (2) Muka Buku (2) Mutiara Hati (1) Muzik (2) MV (1) Nagaswara (1) Najwa (1) Najwa Latif (3) Naka Riisa (1) Nasihat (3) Nasyid (37) Negeri Sembilan (2) New Sakha (1) Nilai (2) Nora Danish (16) Novel (4) NOVI (1) Nur Kasih (1) Oguri Shun (2) Ore Ska Band (1) Oricon (1) Panic (2) Pantai (1) Paradise Kiss (1) Pengantin (1) Pengapit (1) Perak (4) Peribadi (42) Perlis (2) Personal (27) Porno Graffiti (1) Pulau Aman (1) Pulau Pinang (25) PV (8) R-if (2) Rain (1) Ramadhan (26) Rast (1) Ratu (16) Raya (4) Realiti (2) Reefa Band (1) Rei Fu (1) Ringgit Malaysia (1) Rokusteps (4) Ruffedge (16) Rukia (1) S.P.E.E.D (1) S9B (1) SanTai/Rileks Minda (185) Saujana (3) Sayang (1) SCANDAL (4) Sedekah (1) Selangor (1) Selawat (1) Sembilu (1) Sen (1) Senyum (26) SeX (1) Shah Alam (1) Shenthy Feliziana (5) SHINee (1) Shion Tsuji (1) Shodown (2) Showdown 2011 (3) Sinetron (1) Singkatan (1) Siti Musliha (1) Snada (2) StarFive (1) Stereopony (1) Stinky (2) Strawberi (2) Suby (1) Sudirman (1) SUK (7) Sulis (1) Sungai Petani (1) Surat (1) Suzanne (1) Syiling (1) Taiyuddin Bakar (5) Takaharasuiko (1) Taxi Band (1) The Zikr (2) Toblerone (1) Toda Erika (2) TOKIO (1) Tutti Frutti (1) TV3 (18) TV9 (34) Udin (1) Ueto Aya (4) UiTM (1) Uji Rashid (1) Umum (95) UNIC (4) Utopia (1) UverWorld (1) Van (1) Vanila Coklat (13) Video (2) Wali Band (1) Wan Sharmila (5) Wani Ardy (1) Wany Ardi (1) Wordless Wednesday (29) WORLD ORDER (1) Yamada Yu (1) Younha (1) Youtube (1) Yui (7) Zed Zaidi (5) Zivilia Band (2)