Buat pertama kalinya setelah hampir 4 bulan aku tak 'hapdet' blog nie... di sini aku ingin memaklumkan yang blog aku sekarang bukan lagi "Mikro Kokus" tetapi telah ditukarkan kepada "Syukri0235". Kenapa aku tukar nama?? yang tu biarlah rahsia.... hanya aku saja yang ada sebabnya... :)
Dalam masa 4 bulan aku menyepikan diri dari dunia berblogging nie, macam-macam perkara dah berlaku dalam kehidupan seharian aku.. ada yang baik, tak bropa nak baik pun ada jugak... haha~ tapi aku still rasa hidup aku masih normal..... tiada yang luar biasa.
Lepas nie aku akan cuba hapdet blog aku seperti sebelum nie jugak, cuma mungkin dari segi kuantiti entri tu akan berkurangan la skit kot.... (iyolah tu haha~) nak hapdet blog nie kena ikut mood + masa lapang (jika ada) kalau tak, memang tak ber'hapdet' la.....
Aku
memang susah untuk meluahkan apa yang aku rasa dalam hati ini kepada
orang lain. Aku lebih suka berdiam diri walau dalam apa jua situasi yang
berlaku. Jika ada masalah yang timbul, aku lebih suka selesaikannya
sendiri terlebih dahulu. Aku tidak suka untuk menyusahkan orang yang di
sekeliling aku. Selagi termampu, aku akan lakukannya sendiri. Sampaikan
ada rakan-rakan cakap, "kenapa tak minta tolong kami..? kami sudi untuk menolong..." Aku menjawab : "aku memang macam nie, aku akan buat selagi aku termampu. Aku tak suka nak susahkan orang lain".....Dalam situasi tersebut, salahkah aku???
Aku seorang......................
Aku
lebih suka mengembirakan orang di sekeliling aku, walaupun pada
hakikatnya aku bersedih. Kenapa aku berkata sedemikian? sebabnya ramai
yang mengenali aku akan cakap aku ni seorang yang periang, pelawak &
"happy go lucky". Itu cuma luaran sahaja, dalam hati ini hanya Tuhan
yang mengetahui, bila aku gembira & tika mana aku bersedih.....
Aku seorang...................
Aku juga bukanlah seorang yang mudah
untuk marah. Aku tidak suka akan pergaduhan, dendam dan bermasam muka.
Apatah lagi jika ianya melibatkan antara keluarga dan rakan pergaulanku
seharian. Aku bencikan semua itu. Hati aku tidak akan tenang
perkara-perkara sedemikian berlaku. Untuk apa kita jalani khidupan
seharian sedangkan hati kita tidak tenteram...?
Aku seorang.....................
Aku memang akui yang kadang kala aku
rasa terlalu merendah diri hinggakan hilang keyakinan pada diri aku.
Merendah diri ni perlu kena tempat dan gayanya.. tapi Aku nie merendah
diri di semua tempat. Sebab tu moral aku selalu ja "down"... aku rasakan
diri aku nie serba kekurangan dari segala aspek. Aku perlu berubah
sekarang nie.... menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dan berfikiran
positif.....
Siapakah Aku................????
Hanya Tuhan yang Tahu........ ^_^
P/S : Aku di atas merujuk kepada seorang insan biasa yang kadang kala tidak terlepas dari melakukan kesilapan......
Alhamdulillah..... dah seminggu kita berpuasa di Bulan Ramadhan yang Mulia ini ^_^ Dalam seminggu berpuasa nie, macam-macam benda aihh! yang dah berlaku. Ada yang baik, dan ada jugak yang kurang baik... Hermmm... mungkin tu semua dugaan di bulan Ramadhan, jadi kesabaran itu amat penting sekali (",) Oklah, sebelum mikro melakukan ucapan yang bukan-bukan,jom kita rujuk kembali kepada tajuk asal entri ini iaitu "Ramadhan Pertama...... " Kenapa tajuk ini dipilih? (macam KIK lah pulak hahaha~) Sebab tajuk ini dipilih adalah kerana mikro tak tau nak letak tajuk apa heeee~ Yang sebenaqnya mikro letak tajuk tu sebab Ramadhan kali ini, adalah Ramadhan pertama mikro bersama "Family" KBU ^_^ (rasanya semua sama kot) baru ja seminggu berpuasa, dah ada aktiviti bersama geng-geng blogger KBU nie heee~ nak tau aktiviti apa...?? Jom layan gambaq-gambaq di bawah....
Tengok siapa beli paling banyak...??? hahaha~
Dari kiri Mikro, Naim, Farhana, & Jucy..... (Lina & Emaknya tak sempat nak bergambar)
Haaa... dua gambaq nie adalah semasa Aktiviti Membeli belah Juadah Berbuka Puasa pada hari sabtu lepas (06/08/2011). Lokasinya di Baazar Ramadhan, Taman Ria, Sg. Petani..... Setelah hampir seminggu berpuasa, Baazar Ramadhan pertama yang mikro p adalah di Sg. Petani.....tu pun beli belah ja, berbukanya di rumah jugak.... Adehhhh!!!
Sehari lepas tu pulak, iaitu hari Ahad (07/08/2011). mikro ngan Naim plan la nak buat 'Seprais" la konon-kononnya dekat si Erin ni.... Siap angkat geng lagi Si Atin heee~ 1st time mikro jumpa Atin ni... ^_^ nasib la kami tak terkena "Seprais" balik hahaha~ sebabnya Si Erin nie abih kerja Kui 5.30petang hari tu....Kami ingatkan dia abih kerja macam biasa (Malam).... Nasib la sempat mesej tanya dulu. Kalau tak, memang terkena la...
Lokasi : Sekitar Tesco Extra, Seberang Jaya
Si Erin dan Si Atin
Menu Berbuka Puasa
Motif berdiri Di tepat Kejadian : Menunggu "Dorayaki" Heeee~
Sesi Jalan-Jalan tak tentu arah........
~ 2 Mooooo......... 1 Pelangi....... 1 errrrr..??? apa tak tau... ~
Sebelum balik..... sempat lagi beli " Maruku" tetiba teringin huuuu~
Aktiviti Seterusnya yang bakal berlaku berkemungkinan Sesi Berbuka Puasa bersama "Retis" dan jugak Majlis berbuka Puasa Di Perlis...... ^_^
Tajuk bikin gempak ja..... hahaha~ tapi memang gempak pown... tak kisah la di mana-mana pown, bila geng-geng Kami Blogger Utagha (KBU) nie berjumpa, mesti riuh, hingaq, gempak, superb, menjerit huhuhu~ menakutkan bukan. Tambahan pulak yang hadir tu geng-geng "RETIS" KBU pulak....pergghhh!!.... tak tau nak gambarkan macam mana suasana tu ^_^ kalau orang sekeliling tak ushar pelik tu, memang tak sah la haha~ Oklah, sebelum mikro duk merapu tak tentu pasal, mai sini mikro nak cerita sikit la berkenaan mini-gath ataupun perjumpaan secara kecil-kecilan oleh geng Blogger KBU nie. Perjumpaan nie diadakan pada hari sabtu lepas (30/07/2011) bertempat di Pulau Aman, Simpang Ampat, Pinang Pinang. Kehadiran amat memberangsangkan iaitu seramai 12 orang Blogger, walaupun ada yang sampai lewat. Mikro ucapkan terima kasih la kepada yang sudi datang. Jom kita tengok rupa blogger-blogger yang berkenaan....
Mikro Kokus @ Syukri.... tuan empunya blog ini...ok, sekian........ :P
Siti Jusiza @ Jucy...'RETIS' Hot KBU....... ramai peminat dia neh huhu! tagline blog "Bebelan Si Mulut Laser" sebab apa tagline macam tu..?? kena jumpa dia sendiri baru la dapat jawapannya heee~
Hidir Abdullah @ Hidiaq.... kalau "RETIS" lelaki rasanya hidir nie la paling hot kot.... Walaupun sampai paling lambat, kehadirannya di Pulau Aman tu memang dinanti-nantikan... Hidir nie kalau sembang dengan dia, kalau tak keras usus-usus dalaman tu, memang tak sah la hahaha~
Erin Azizan @ Ern..... Mikro baru ja menduakan dia nie hahaha~ :p lawak ja nooo.... Ern nie "RETIS" hot KBU jugak la...kiranya pesaing hebat si jucy tu la... kelebihan Ern nie, bila excited sangat, dia akan menjerit heee~ orang mesti ushar punya la kalau dia jerit....
Najwa Othman @ Dik Wa..... Yang nie adik kepada Naqiah Othman. 1st Time kot jumpa Najwa nie... Ok la, tak dak la malu-malu sangat pown.... Mikro ja malu kot hahaha~ yang penting tudung se'fesyen' dengan kakaknya... Dah berblog lagi lama dari kami semua kot, cuma dia tak join KBU lagi ja huhu~
Kunci Loker @ Dik Wan... Mikro 1st time jugak kot jumpa dik wan nie.... tengok gambaq lain, bila dah jumpa depan-depan memang sangkaan tu meleset jauh haha~ betui la macam apa yang Erin cakap sebelum nie... Dik wan nie bleh tahan jugak la, kalau duduk dengan Jucy & Ern tu, memang menjadi la huhu~
Aien Suduplastik @ Nur Ain..... Ok, Aien nie mikro tak pernah jumpa jugak sebelum nie. Kiranya 1st time jumpa & kenal la... sebab Aien nie belum join KBU lagi semasa mini-gath nie. Aien ni join mini-gath nie pown sebab temankan Cyc's Amirudin. apa mikro bleh cakap, Aien nie memang 'sporting' dan boleh dikira sekepala dengan geng-geng "RETIS" la walaupun 1st time jumpa...heee~ mula-mula terpandang muka Aien nie, mikro terus teringat member mikro...memang ada iras-iras la haha~
ASYЯAFUĿ van Hellsing ИAĪM @ Naim.... Mikro kenal lama dah dengan naim nie...mengaji sekali kot dulu.... ^_^ Menjadi "RETIS" hot KBU selepas sesi ber'karok' dengan menyanyikan lagu 'A to Z - Darjat' heeee~ status 'single', pakai handphone e72, black edition, lepas tu kerja besa-besa ja... orang kuat si jucy, naqiah & ern...... Minat melayan crita-crita jepang... (sama macam mikro).
Naqiah Othman @ CK..... kakak kepada Najwa Othman... rakan baik kepada Si Jucy Retis... gambaq-gambaq individu nie suma adalah hasil dari kamera 'besaq' yang dia bawak la. Antara "RETIS" KBU yang ter'hot' jugak la, tapi rasanya belum mencapai tahap keretisan si jucy tu lagi kot. Masih 'single' lagi kot, sebab diaasyik duk cakap " sapa nak kawen dengan aku" ja....... heeee~
Cycy's Amirudin @ Cici...... sebelum nie kenal dalam FB ja.... nie la kali pertama jumpa.. Sebelum nie ada cubaan untuk jumpa jugak, tapi gagal. Bercita-cita untuk menjadi "RETIS" hot KBU setelah melihat si jucy dan Ern hahaha~ rasanya untuk ujibakat pertama semasa di Pulau Aman tu, dia dah 'LULUS'. So, lepas nie kena mengahadirkan diri ke mini-gath yang akan datang untuk ujibakat peringkat seterusnya..... :p
Yang baju Oren tu namanya Nadh Zher Ee @ Nadzrie abang kepada yang berbaju hitam tu Nadzli Azlan @ Nadz... depa dua nie sampai lewat jugak la, siap bawak tikaq lagi tu, bajet nak duduk bersantai tepi pantai la heee~
Ok, dah kenal kan dengan semua blogger-blogger yang berkenaan, jadi, jangan lupa naaa.....follow blog depa tu heeee~ La nie jom kita tengok gambaq-gambaq yang akan menggambarkan suasana semasa hari perjumpaan tersebut...
Geng terawal yang sampai......
Setibanya di Pulau Aman ^_^
Mencari lokasi yang berkenaan untuk dituju........
Sesi PhotoShoot bermula......
Acara wajib..... 'Melompat Kegembiraan'
KBU @ Pulau Aman 1
Sesi Ke-2 ( kemunculan Nadh & Nadz)
Perjalanan menuju ke 'Telaga Emas" serta kemunculan Cici & Aien.....
Tinggal 4 orang ja..... Nadh & nadz dah balik time nie......
Bajet nak buat cover album la nie........
KBU @ Pulau Aman 4
Sekian dulu untuk kali ini.... ^_^ Terima kasih mikro ucapkan kepada yang hadir mini-gath tersebut...kepada yang tak berkesempatan tu, nanti-nanti sila hadirkan diri anda ok... Kepada yang nak join KBU neh, anda boleh la ke SINI.......