banner

Followers

Friday, April 30, 2010

~ Surat Putus Cinta Omputih... ~

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan   boyfriend orang putihnya...Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat ... surat tu macam ni..
 
bunyinya....hehehehe
 
Hi,My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUTCONNECTION US . I  have think about this verycook. I know i clap one hand only.Correctly, I have see you and she  together at town with my eyes self. you always Request apology back back. I don't  trust you again!!!My Friend speak you play three wood. New i know you correct correct  play three wood. so, i break off to Pull my body from this love triangle.I know this result  i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off  to go far from here. But i always love where also i live....Safe live......

P/S : Hujan lebat+kilat+guruh.... baru dapat online sekarang nie....... tengah memikirkan plan untuk esok hari....hermmm????

Thursday, April 29, 2010

~ Kawan..... ~

'Kawan..' Aku dapat nie melalui email aku... tapi dah lama la. dlm tahun 2006 macam tu la hehe! Aku cuma nak kongsikan bersama pembaca-pembaca blog aku yang selalu datang ber'blogwalking' di blog aku yang x seberapa neh....



Bukannya senang nak cari kawan yang
baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan
yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di
belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan
kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling
banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai
kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah
mempengaruhi kawan
baiknya untuk membuat perkara yang
buruk dan
sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang
selalu
menasihati kawan baiknya untuk berbuat
kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama
yang akan
dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita
meluahkan
perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan
biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa
kawan
baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang
kawan
baiknya untuk berkawan dengan kawan
yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika
kawan
baiknya mempunyai ramai kawan baik,
kerana kawan yang baik tahu apa yang
paling baik
untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa
mendoakan
kesejahteraan dan kebahagiaan kawan
baiknya di
dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita
faham
bahawa kawan baik kita bukanlah seorang
yang
sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi
kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita
tidak
menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa
menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita
tidak
memberitahu perkara yang baik kepada
kawan
baik kita,
kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada
kawan
baiknya.

Kawan yang baik akan mem'post'kan
buletin ini
kepada kawan-kawannya, bukan kerana
terpaksa,
bukan kerana suka-suka,
tetapi untuk dijadikan pedoman oleh
kawan-
kawannya supaya dapat menjadi kawan
yang baik
kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang
baik,
kita mesti lebih dahulu menjadi seorang
kawan
yang baik...kepada kawan baik kita.




P/S : Kepada semua sahabat-sahabat sekalian...terimalah...'UNIC - Sahabat Sejati..... " Layannzzz.....". Nak keluar makan di luar malam neh... sesiapa nak ikut angkat telinga...... hehehehe! ^_^

Wednesday, April 28, 2010

~ Sesi Rileks Minda 11 ~

Pertama kalinya... Aku ingin memohon kemaafan jika tajuk Sesi Rileks minda kali ini ada menyentuh sensitiviti sesetengah pihak... Tujuan aku kongsi cerita ini adalah sekadar hiburan.. tiada kena mengena dengan kisah individu tertentu mahupun diri sendiri... Jadi, Layannnnn.......Sudeh........... ^_^



Kentut....

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..
bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu.. PRRROOOOTTT!!!!... fuhh lega.. bergegar sikit meja makan dibuatnya. peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata. aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong..ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.: 

P?S : 'Aku' Dalam cerita di atas bukanlah tuan empunya blog nie.... Ia merujuk kepada individu lain yang aku sendiri tidak mengenalinya... Tuan empunya blog ini masih 'single' OK....... Hehehe!

Tuesday, April 27, 2010

~ Keindahan Tangan Ibu.... ~

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak-riak kecewa di wajah ibu.



Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan- tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...


P/S : Cuba bayangkan 'Saya' Di dalam Cerita di atas adalah Anda....^_^ .

Monday, April 26, 2010

~ Sesi Rileks Minda 10 ~

TIDAK NAMPAK LAMPU MERAH
Seorang mat motor telah ditahan setelah melanggar lampu isyarat merah. Sebelum polis menyamannya, dia bertanya kepada mat motor tersebut, "Kenapa kamu tidak berhenti ketika lampu merah menyala? Kamu tidak nampak ke?"
 "Saya nampak, encik," jawabnya perlahan.
 "Habis tu, kenapa kamu tidak berhenti?" tanya polis tersebut lagi yang tidak berpuas hati.
 "Saya tidak nampak encik. Kalau saya nampak encik di situ, saya pasti tidak akan melanggar lampu merah," jawabnya.

TIGA ORANG GILA
Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
 Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
 "Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?"
 Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
 "Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
 Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior. Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu.
 "Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah berfikir panjang.
 "Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
 "Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
 Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian, Veteran pula dipanggil.
 "Awak dah lama benar di sini kan?"
 "Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
 Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini.
 "Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
 "Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
 "Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
 Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
 "Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
 Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!" 

SELESEMA BURUNG
Seorang lelaki menghubungi doktor panelnya untuk memberitahu suatu masalah.
 "Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
 "Saya tahu,"jawab doktor.
 "Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari  semua orang yang ada di rumah."
 "Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
 "Dia telah mencium pembantu rumah kami."
 "Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."
 "Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
 "Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
 "Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."
 "Celaka," jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

 P/S : Masih menanti sesuatu........ Adehh...lambat betul...... ^_^

Sunday, April 25, 2010

~ KAIJI: THE ULTIMATE GAMBLER ~


Baru lepas layan movie neh.... Boleh tahan jugak la.. Aku suka sebab ada game2 yang dorang kena main dalam movie ni. hahaha! Game Gunting, Kertas, Batu pun ada jugak dorang main.. tapi cara lain skit la.. :) sebab dorang tak guna tangan, tetapi guna kad.. yang kalah kena kerja buruh paksa di bawah tanah untuk bayar balik hutang dorang.. Sebelum mula sesuatu game, dorang akan diberi 'loan' untuk main.. yang kalah kena bayar balik sekali dengan 'interest' yang bagi aku agak tidak munasabah... Contoh.. masa 1st Game dorang main tu, 'interest' yang dikenakan adalah 1% per minit. Game tu dorang bagi masa 30 minit.... So, kalau tak nak bayar 'interest' lebih, kena la menang awal-awal....... Lebih kurang macam tu la game dia... bak tau selebihnya.. sila baca sipnosis movie nie di bawah.....

Kaiji : Jinsei gyakuten gemu | Gambling Apocalypse Kaiji

Year : 2009
Runtime : 130 min
Country : Japan
Language : Japanese
Subtitles : English
Genre : Drama
Director : Toya Sato
Cast : Ken’ichi Matsuyama, Tatsuya Fujiwara, Teruyuki Kagawa, Taro Yamamoto, Yuki Amami

Synopsis:

KAIJI is an exciting psychological thriller starring Tatsuya Fujiwara as Kaiji, man forced to enter a deadly gambling competition aboard a cruise ship, to erase a large financial debt. This movie is the first time that “Death Note” co-stars Tatsuya Fujiwara and Kenichi Matsuyama are reuniting to work together!

Based on Nobuyuki Fukumoto’s hit manga series which has sold over 11 million copies, Kaiji is a 26 year-old job-hopping bum who suddenly finds himself riddled in debt after a shadowy loan company informs him that he is responsible for a loan taken by his friend (who has since gone missing) and whom he casually co-signed as a loan guarantor for!

The company gives Kaiji the solution of a lifetime – to take a short journey on the “Espoir,” a ship where other debtors such as himself gamble to pay off their debt and try to strike it rich at the same time. The rules of the gambling games seem simple at first but there’s much more than meets the eye…
Now stuck in a closed world of unsavory characters willing to do anything to defeat him, the game that will totally change Kaiji’s life has begun!




P/S : Akhirnya.... Code Blue 2nd Season aku berjaya melayan hingga akhir.....

Saturday, April 24, 2010

~ Sebelum..... &....... Selepas ~

Ok, kali nie aku nak kongsikan berkenaan 'Sebelum & Selepas'.... Kita ni biasanya sebelum dapat sanggup buat apa saja, lautan api sanggup direnangi. Perghhh..dasat tu! Tapi bila dah dapat, huhu!...punya la susah nak dijaganya. Itulah manusia (tp...tak semua kot...), bila dah terlepas baru nak menyesal. haa.. apa yang sebelum, dan apa yang selepas tu??? nak tau baca di bawah nie.........

1)
-SEBELUM
Selamat hari jadi sayang, moga you dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan percintaan kita kekal abadi.

-SELEPAS
Apa hari jadi?Awak ni dah tak malu ke dah tua-tua pon nak sambut hari jadi?Apa hadiah?...
Heiii...awak ingat saya ni santa claus ke nak bagi hadiah??

2)
-SEBELUM
Kenapa ni darling?you dari semalam tak ada selera nak makan.You sakit ke?
Nak I bawak pegi klinik atau you nak makan kat hotel?Cakaplah kat mana pun I sanggup belanja asalkan you mau makan.

-SELEPAS
Elokla tak nak makan.Badan awak tu pon dah macam belon panas saya tengok.
Nanti kalau kene gastrik,tu ha klinik dekat je tuh.Pegila sendiri.Kunci moto ada atas meja tu.

3)
-SEBELUM
Ala...tak apa la you baru lambat sejam aje.Kalau 10 jam pun I sanggup tunggu. You kan kekasih hati I, untuk you I tak kisah sayang.

-SELEPAS
Dah 10 minit saya tunggu tau tak..heiii...awak ingat saya ni ape,jaga?Lain kali kalo
lambat jalan kaki,malas la saya nak menunggu..masa tu emas tau!

4)
-SEBELUM
MMMM....sedap la lauk yang you masak ni.Dari mana you belajar macam kat hotel rasanya..
bertuah la I dapat orang cam you ni.

-SELEPAS
Ini apa rasa lauk yang awak masak ni? masin nak mampus!Macam ni boleh kene darah tinggi ni.
awak ni nak membunuh saya ape? lain kali jangan masak la,menyakitkan ati aje..

5)
-SEBELUM
Sayang...you tau tak...kalo sehari I tak dapat menatap wajahmu bagai seribu tahun rasanya.. tak lena tidur dibuatnye.Wajahmu menenangkan hatiku.

-SELEPAS
Saya ni kalo hari-hari tengok awak ni boleh jadi gila tau!! Sudah la,saya nak pegi mancing nih!

P/S : Jadi, macam mana??? Betul atau Tidak?? Anda Tentukan......... ☺

Friday, April 23, 2010

~ Atuk...Orang...... Aku..... ~

ORANG KATA... enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA... orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA... betul jugak tu..

ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study... past year papers..
etc..etc..etc..
ATUK KATA... exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada silibus untuk
diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya,
Mungkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide...
AKU RASA... betul jugak tu..

ORANG KATA... have fun on your birthday, panggil kekawan dan sedara mara, berpartilah
sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita se makin hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat...
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
 baru hati puas!!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap
kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup
amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA... betul jugak tu..

ORANG KATA... successful people have a good time management, ada bisnes di kl, new york,
tokyo.. masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan
karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, tapi... ada masa ke untuk sujud di
sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al- Quran sekali seminggu? ada masa
ke nak jenguk ibu bapa di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA... errrr.. betul jugak tu

P/S : Errkkk.... terasa diri ini terlalu kerdil......

Thursday, April 22, 2010

~ Sesi Rileks Minda 9 ~

JANDA YANG DAHAGA
Hasnah seorang janda kaya yang baru kematian suami akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Pada satu malam beliau begitu dahaga untuk minum kerana cuaca panas. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk mencari air bagi menghilangkan dahaganya. kemudian beliau tidur semula. TAMAT... (Habis tu, apa yang korang fikir?)

PAK PANDIR BERJUMPA DOKTOR
Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.
Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab? 
Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.
Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?
Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia? Pak Pandir: Mmmm... Tukar soalan lain boleh doktor?
Doktor: ???
P/s: Kalau anda juga tidak dapat menjawab soalan doktor itu bermakna anda juga...

KURA-KURA TIGA BERSAHABAT
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka. 
Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?" Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.
 Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
 Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."
 Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"
 Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
 Kekura III: "Kalau 3 jam?"
 Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
 Kekura III: "Kalau 1 hari?"
 Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
 Kekura III: "3 hari?"
 Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
 Kekura III: "5 hari?"
 Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
 Kekura III: "1 minggu?"
 Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
 Kekura III: "2 minggu?"
 Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."
 Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik.
 Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.
 Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."
 Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."
 Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan? kan?!!!"

P/S : Berblogging sebelum tido......ZZzzzzzzzz (Gambar Sekadar Hiasan)

Wednesday, April 21, 2010

~ CHEMISTRY - Period ~

Hari ini 21 April 2010, iaitu hari Rabu..... Sebenarnya tak dak apa-apa pun yang menarik untuk hari nie hahaha! Aku menjalankan rutin harian biasa aku iaitu bekerja...pukul 6.30 pagi bertolak dari rumah...pukul 5 petang balik... Jadi untuk post kali ni, aku cuma nak "share" lagu jepun yang aku sedang layan sekarang huhu! Lagu nie aku mula-mula dengar macam biasa la, dari mana lagi kalau tak dari youtube... memang aktiviti kebosanan aku melayari youtube dan mencari lagu-lagu jepun yang kena dengan jiwa aku ( betul ke kena dengan jiwa aku???)
Layan je la...... Lagu dari 'CHEMISTRY - Period'. Lagu neh kira baru la jugak...kalau tak salah aku dalam tahun nie... Di bawah nie ada Video Clip lagu tersebut & sedikit latar belakang mengenai CHEMISTRY.....

Chemistry (styled CHEMISTRY) is a Japanese pop/R&B duo, composed of Yoshikuni Dōchin  and Kaname Kawabata. They were the winners of the Asayan audition (similar to the American Idol series) in 2000 organized by Sony Music Entertainment Japan.
Their first single "Pieces of a Dream" was released on March 3, 2001, and was the best selling single that year (over 2 million). Most of their singles have reached #1 on the Oricon charts; all five albums have reached #1 the day they were released. Their #1 streak was broken by the KinKi Kids' album H Album: Hand, scoring them a #2 rank for Fo(u)r.
Chemistry is also known in Korea for the popular collaboration song "Let's Get Together Now," featuring talents from both Korea and Japan and for collaborating with Korean singer Lena Park who appears in the b-side "Dance with Me" on the "Kimi ga Iru" single.
On March 6, 2008, Kaname Kawabata married model Miki Takahashi. They met after she appeared in the PV for "This Night."
The song "Period" was selected as the fourth opening for the anime series "Fullmetal Alchemist Brotherhood."



P/S : Tidak sabar menanti hari esok.....^_^ hahaha!

Tuesday, April 20, 2010

~ Loghat Uthaqa : Bab 2 ~

Salam semua.... haa.... kali ni untuk pembelajaran loghat Uthaqa aku akan senaraikan sambungan untuk post yang lepas.. haha! Aku agak sibuk hari ini. tak sempat nak membuat luahan perasaan di blog aku neh. Jadi aku postkan benda-benda macam nie je la... Kalau ada yang salah ataupun tak berapa sesuai perkataan-perkataan tu, buleh la bagitau.... Aku sendiri pun bukan guna semua perkataan-perkataan yang aku senaraikan ni..... ☺



51. pedo.................hati-hati
52. peysoh.................urus
53. hapuih.................tenggelam (lemas)
54. ghan-dok.................redah
55. se-ghoh.................kebah/kurus
56. ghen-jong.................tinggi lampai
57. pe-gho-ngoih.................panas baran
58. takek.................ketuk/potong
59. be-ghemba.................bersaing/lumba
60. ghe-tiaq.................ikhtiar/fikir
61. ge-ghet.................gigit
62. tahaq.................tahan
63. gha-gaih.................panjat
64. melewaq.................merayau
65. melahaq.................kebulur
66. gha-bat.................naik/panjat
67. ghim-bok.................belasah
68. melilau.................jalan-jalan
69. cuak.................seram
70. juih.................mulut muncung
71. luku.................ketuk kepala
72. ghodong.................melulu
73. ghedah.................redah
74. ayaq seghabat.................air sirap
75. peqhasat.................sangat dengki
76. mandom.................lembap
77. ceghoi/ca-roi.................sangat cair
78. tepok.................lumpuh
79. gha-bit.................terkoyak
80. kok-ko.................dukung
81. mai.................mari
82. terple'ot.................terseliuh
83. gomoi.................bergaduh/bergusti
84. ketit.................cubit
85. ga-ghet.................gatal/mengada-ada
86. nala.................tersangat
87. mang-kark.................buah tak masak
88. bergenuak.................berduyun-duyun
89. pediah.................makan
90. polok.................makan penuh-penuh
91. tey-liang.................senget
92. ghe-lin.................jeling
93. peng-kaq.................kaki tempang
94. me-qhe-nyut.................serabut
95. kesot.................alih
96. lanyau.................bersihkan
97. cempong.................angkat/dukung
98. cepung.................kepung
99. conek.................ekor
100. depa.................mereka
101. Bersambung.........

P/S : Sedang menanti rakan yang ingin bertandang ke rumah.....Hermmmmmmm......

Monday, April 19, 2010

~ Sesi Rileks Minda 8 ~

BAPA DAN TIGA ANAKNYA
Seorang bapa berjalan dengan tiga orang anaknya, masing-masing berumur 8, 5 dan 3 tahun. Mereka memasuki kedai tempat saya bekerja. Bapa itu nampak berfikir keras ketika saya bertanya. "Ada yang dapat saya bantu?". "Saya ingin membeli sesuatu tetapi tidak dapat mengingati kesemuanya," jawab bapa tersebut. Lalu dia memandang ke arah anak-anaknya dan bertanya, "Baiklah anak-anak sekalian, selain katil dan pintu bilik air, apa lagi benda yang korang rosakkan dalam minggu ini?" 


ADA SISA MAKANAN, ENCIK?
Seorang pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya, "Ada sisa makanan, encik?" Tuan warung pun menjawab, "Tidak ada." Pengemis itu pun mengeluh, "Iya la, nasibku." Lalu dia berlalu pergi. Keesokan harinya, pengemis tersebut pergi ke warung itu lagi dan bertanya soalan yang sama. Begitu juga hari-hari yang berikutnya tetapi dia tetap menerima jawapan serupa iaitu 'tidak ada'. Akibat jemu dengan soalan yang seing ditanya oleh pengemis tersebut, akhirnya tuan warung berkata, "Saya sudah berkali-kali cakap, saya tidak ada sisa makanan untuk diberi kepada kamu. Semuanya habis dijual! Jika kamu bertanya lagi, saya akan paku kaki kamu ke lantai," Keesokannya, pengemis itu datang lagi ke warung dan bertanya, "Ada paku?"  "Tidak ada," jawab tuan warung. Pengemis bertanya lagi, "Ada sisa makanan, encik?"

ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!

P/S : Haa... Aku cuti rehat hari ni. Nak berehat......... ^_^

Sunday, April 18, 2010

~ Ibu Oh Ibu....... ~

Ibu Oh Ibu..

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat
untuk kita.  Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah
Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja
sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm takut malu dilihat
kawan-kawan
 
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfrien d ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumah tangga-Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera

Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia.

Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.Ingat.....elagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingat & kenanglah jasa ibu.

P/S : Layan Lagu Exist - Oh Ibu.......☺

~ Kenali Personaliti Anda Melalui Tarikh Lahir ~

Haa.... yang nie aku pun x berapa ingat mana aku dapat... Saja duk selongkar file-file dalam PC aku, lepas tu terjumpa la pulak pasal benda neh... jadi aku pun post la di blog aku (padahal tak tau nak post apa) hehe! Jadi cuba la kira tengok.. anda di nombor berapa...ada tak ciri-ciri tu pada diri anda? Anda tentukan.......


Mengira tarikh lahir dan ketahuilah personaliti anda.
Contoh: 28/8/1980=28+8+1980=2016
maka, 2+0+1+6=9
Nombor=9(Jadi nombor lahirnya ialah 9)


1.Ketulenan 
Hadir dengan idea baru. 
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. 
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. 
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. 
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.  
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach  

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian.Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong
mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna,
Whoppi Goldberg,ThomasEdison,WolfgangAmadeusMozart.

3. Ceria
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar
Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan  
 
5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil. 

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn  

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana   

8. Penyelesaian 
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.    

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

P/S : Jangan Percaya 100%....... Sekadar hiburan........ 

Saturday, April 17, 2010

~ 6 Minggu, 6 Bulan, 6 Tahun Lepas Kahwin.... ~

Haaa.....Post kali nie just untuk rileks-rileks otak je ok. Tiada kena mengena dengan kehidupan individu tertentu.. Masing-masing boleh pikir la betul atau tak hehehe! Layanzzzz......

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

P/S : Esok ada reunion kecil-kecilan la pulak...... Kepalaku sudah 3 hari sakit.... arrgghhh....

Friday, April 16, 2010

~ Loghat Uthaqa : Bab 1 ~

Kepada semua yang melayari blog aku... Di sini aku nak kongsi la sket bahasa uthaqa yang aku dapat ni dari rakan sekerja aku dulu... dia fowardkan email dekat aku.... Jadi, sesiapa yang  nak belajaq atau brush-up bahasa uthaqa buleh la try dkt bawah ni...

1. ghe-ngau.................cakar
2. se-qheyat.................reda/surut
3. hambat.................kejar
4. pe-qhembang.................bidik (aim)
5. contiang.................lukis
6. ligan.................kejar
7. cemuih.................bosan/jemu
8. tokak.................gigit
9. gey-ghek.................basikal
10. gon.................cerun (bukit kecil)
11. belemoih.................comot/kotor
12. tetomoih.................tersungkor
13. ku-tey.................cubit
14. tak dan.................tak sempat
15. hebiaq.................celupar
16. maneh melecaih.................tersangat manis
17. Lincun/lencun.................basah
18. lokoih.................kuyup
19. kawaq.................pencuri
20. kanyaq.................mentah (berhingus)
21. ketegaq.................degil
22. he-ghot petot.................senget benget
23. me-ghela.................gatal
24. log laq.................cemekap/cuai
25. hawin.................pusing
26. punggai.................baling/lempar
27. tengalong.................tuju/baling
28. me-ghe-kah.................Kupas/koyak
29. ayaq achaq.................air longkang
30. ha-ghin.................hancing
31. kelepiaq.................melibas
32. kelolo................."tak berapa betoi"
33. hemoi................."muka tak malu"
34. me-ghe-nyeh.................menggatal
35. da-oh.................tak "matching"
36. hapak pera'e.................bau hapak
37. hijau me-ghe-ngak.................telalu "hijau"
38. celuih.................muat
39. me-ghelit me-ghelap.................berkilau-kilau
40. me-ghe-yup.................jauh/sayup
41. ghem-pang................."tergedik-gedik"
42. kampoi.................kumpul/kaut
43. je-ghang.................rebus
44. capoi.................celupar
45. te-ghe-bey.................lastik
46. melo-ghoih.................lucut/gelongsor
47. me-gho-not.................membongkok
48. sene-gheh.................selisih
49. be-gha-chaq.................comot/kotor
50. kahaq.................nakal
51. Bersambung...........
P/S : Kalau ada yang tak berapa nak kena tu...harap maap k!.......hehehe!

Thursday, April 15, 2010

~ Sesi Rileks Minda 7 ~

Dialog Ayam & Lembu
 Ayam  :  Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam  :  Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu :  Hah! Buat apa pulak?
Ayam  :   Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu :   Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam  :    ?? Maksud kau?
Lembu :   Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!


Tokei Kedai
Satu hari... sebuah  gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki  gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun  gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.

Seorang lelaki dengan  selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat  sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang  sambil memarahi...

    "woi..tak nampak ke orang !! jerkahnya..

    "Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...

Lelaki  tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia  ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk  kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia  berkata...

    "Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan  sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!"  

Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe
kesian dia kan????

P/S: Terima Kasih Kepada Semua yang sudi membaca di blog ini....^_^

Wednesday, April 14, 2010

~ Cinta Tidak Memerlukan Sebab ~

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang 
suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

P/S : Tetiba malam neh jadi jiwang semacam la pulak...... Adehh..!!!

Tuesday, April 13, 2010

~ Alhamdulillah.....^_^ ~


Alhamdulillah..... blog aku yang tak seberapa ni pun ada earnings jugak dari nuffnang...:) rasa macam seronok walaupun jumlah x besar mana pun... tapi aku rasa puas... maklumlah... mula-mula dulu buat blog nie saja nak merapu ja. Apa yang aku rasa aku nak tulis, aku tulis. Tapi sekarang dah rasa seronok sebab nampak hasil.....hahaha! Nak kena belajar lagi neh pasal blogging neh.. nak cuba dapatkan earning yang macam orang lain dapat.. hermmm.....kena banyak bersabar la macam ni. bukan senang nak dapat apa yang kita 'target'.  Kena berusaha untuk capai apa yang kita nak. Tanpa usaha takkan ke mana hehe! (mcm pakar motivasi daaa.....) Oklah.... aku harap lepas nie akan bertambah la lagi earnings aku tu...☺ Nak layan drama jepun jap....

Monday, April 12, 2010

~ Soul Eater ~

Ok..kali ni aku nak review sikit berkenaan anime yang aku baru ja layan dalam 4 -5 episod macam tu la. Anime tersebut adalah 'Soul Eater'. Anime ni mempunyai 51 episod keseluruhannya. Asal anime ni biasa la, mesti la dari manga...hehe! macam mana aku buleh jumpa anime ni? haha! Aku ni kalau keboringan selalunya aku akan download apa-apa ja yang aku buleh download di youtube tu. Jadi, aku ada la men'download' top 100 anime songs.. saja la nak dengar lagu-lagu anime jepun nie. Tetiba ter'berkenan' la pulak dengan anime neh wakakaka! jadi, macam tu lah aku jumpa anime ni..... Sekian....... 

The Japanese anime television series Soul Eater is directed by Takuya Igarashi, and produced by Bones, Aniplex, Dentsu, Media Factory, and TV Tokyo. Bones and Aniplex were responsible for the animation and music production respectively as well. The anime is based on the Soul Eater manga series by Atsushi Okubo.The plot of the episodes follows Maka Albarn, a "meister" of the Death Weapon Meister Academy (DWMA), and her living weapon, Soul Eater, as she seeks to make the latter into a "death scythe" through absorbing the souls of evil humans.


The students at DWMA are classified into two groups: humans who are born with the power to turn into demon weapons, and the human wielders of these weapons called meisters (職人 shokunin?). Meisters and weapons are paired with each other early on, and must be skilled at channeling the wavelengths of their souls, constantly training with each other to synchronize the wavelengths of their souls to effectively battle against witches and evil humans. The goal of all students at DWMA is for their weapon to become a Death Scythe (デスサイズ Desu Saizu?), one of Shinigami's weapons. To gain the status of Death Scythe, a weapon must consume exactly ninety-nine evil human souls and one soul of a witch. Particularly powerful meisters and weapons are capable of fighting without the need of a partner. By utilizing a technique called Soul Resonance (魂の共鳴 Tamashii no Kyōmei?), a meister and weapon pair is able to access new powers and skills. Particularly high-tier meisters are able to fight without a weapon by utilizing the wavelength of their soul offensively.

Soul Eater Main Characters 
Maka Albarn
Soul Eater
Black Star
Tsubaki Nakatsukasa
Death The Kid
Thompson Sisters (Liz & Patty)

P/S : Nak layan drama BOSS la plak malam ni....☻Sumber-sumber adalah dari http://en.wikipedia.org/wiki/Soul_Eater_(manga)




Sunday, April 11, 2010

~ BOSS ~

Seharian hari ini aku memikirkan cerita apa yang aku patut layan selepas melayan Liar game Season 1 & 2. Nak layan movienya, belum ada (dalam hati tak sabar...) jadi...pikir punya pikir... akhirnya aku mengabil keputusan untuk melayan drama 'BOSS'. Drama nie kalau tak silap ditayangkan tahun lepas di jepun... ^_^ dalam masa yang sama, sempat jugak aku mencari anime untuk dilayan hahaha! skrng ni yang betul-betul anime yang aku layan pun 'Bleach' je la... jadi cari punya cari. dapat la Anime 'Soul Eater'.... nnt aku review anime ni di post yang lain.. di bawah nie ada sipnosis berkenaan drama 'BOSS'.........


Details :  

Title: BOSS 
Format: Renzoku 
Genre: Detective 
Episodes: 11 
Viewership rating: 17.0 (Kanto) 
Broadcast network: Fuji TV 
Broadcast period: 2009-Apr-16 to 2009-Jun-25 
Air time: Thursday 22:00  
Theme songs: 
Opening theme: Alright!! by superfly  
Ending theme: My Best Of My Life by superfly


Synopsis :
This series revolves around a group of peculiar detectives in a new division created to fight against an increase in atrocious crimes. Osawa Eriko is a beautiful career woman who has just returned from training in the U.S. and is appointed as the "boss" of this division. But despite her intelligence and capabilities, she can never understand a man's heart, so she remains unable to find a husband. In fact, her assignment in the U.S. was really a demotion after she ruined her career track over a man. So why was she chosen as the boss of the new division? Even though the detectives are talented, they all have some kind of issue or flaw, and they are considered to be the "problem children" of the police force. In the end, the division's true purpose is just to isolate these problematic detectives.

Cast :
Amami Yuki as Osawa Eriko 
Takenouchi Yutaka as Nodate Shinjiro 
Tamayama Tetsuji as Katagiri Takuma 
Toda Erika as Kimoto Mami 
Mizobata Junpei as Hanagata Ippei 
Kichise Michiko as Narahashi Reiko 
Kendo Kobayashi as Iwai Zenji 
Nukumizu Youichi as Yamamura Keisuke 
Shiomi Sansei as Onoda Tadashi 
Hasegawa Hiromi as Kawano Akio 
HILUMA as Mori Masao 
Mitsuishi Ken as Tanba Hirohisa 
Aijima Kazuyuki as Yada Kenzo  
Maruyama Tomomi as Ikegami Hiroshi

P/S :  Reunion sekolah ditunda ke minggu berikutnya... Hari ini aku tiada aktiviti yang menarik. Jadi layan drama jepun je la... ☺

Thursday, April 8, 2010

~ Nilai RM 20.....~

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun.
Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgitdari ayah?Si ayah mula menjadi berang dan berkata,

"Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?
Nakbeli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik..
tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali kebiliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknyabenar-benar memerlukan duit untuk
keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyaksebelum ini.Dengan perasaan bersalah,
si ayah melangkah menuju kebilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit
yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah adaduit sebanyak itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayahbagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit
kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni.
Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok.
Aminrindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

P/S : Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka-mereka yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..Bayangkan...kalau kita mati.. nanti majikan kita akan senang-senang cari orang lain..gantikan kita.Tapi..keluarga, rakan-rakan yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka...Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??
Related Posts with Thumbnails

Labels

2011 (3) 2012 (20) 4Minute (1) 5S (1) 9Nine (1) AAA (2) Aeman (1) Afiq Muiz (13) Aidilfitri (3) Aishiteru (13) Aiskrim (1) AKB48 (2) Alena (1) Alleycats. Upin dan Ipin (1) Altimet (1) Amanda Aniqah (1) Amanda Misbun (5) Ana Raffali (1) Angry Bird (2) Anima (2) Anime (4) Anne (1) Apa Celop (5) Arashi (1) Areila Sahimi (1) Ariana (16) Armada Band (2) Artis (2) Asian Kung Fu Generation (1) AURORA (2) Avara Band (2) Azad Jasmin (5) Baik-Baik Sayang (1) Bantal (1) Bazaar (1) Berry Koubou (1) Bismillah... Aku Mencintaimu (1) Blazin Squad (1) Bleach (2) Blogger (2) Boneca (1) Bounce Stepperz (4) Bowling (1) Buah (1) Budi Doremi (1) Buku (1) Bunga (1) Carta Hati (1) Central Square (1) change (1) ChiBi (1) Cinta (25) Coklat (1) dadali (1) Daim (1) Dalam Mihrab Cinta (2) Dangdut (1) Delon (1) Detective Conan (1) Devotees (1) Dmasiv (1) Domo (2) Download (31) Drama (26) Duhai Hati (1) EdCoustic (1) Eikura Nana (1) Elecoldxhot (4) Elecoldxhot. 8TV (2) Erin Malik (13) Family (1) Far East (1) Fatih (2) Feelhoney (2) Filem (1) Firdaus (3) Fizz Fairuz (12) FLOW (1) Forheart (2) FTIsland (2) Funky Monkey Babys (1) Games (1) Girl Next Door (1) Girl's Generation (1) Goliath (1) Gradasi (2) Guar Perahu (3) Haddad Alwi (1) Hadiah (2) Hail Amir (1) Hargai Aku (1) Heavy Rotation (1) HELLO (1) Hiburan (107) hijjaz (4) HMC Phlow (4) Horikita Maki (1) Hujan (1) Hujan Band (1) Huseein (16) i-City (1) Ichigo (1) Ichikawa Yui (1) Idola Kecil (5) Ika Nabella (5) Ikimono gakari (4) Iklan (1) In-Team (1) Ina (1) Indie (2) Indo-pop (24) Indonesia (15) Intan Nuraini (1) Iqram Dinzly (13) Ishihara Satomi (1) Iwan (1) Izarah Aisyah (13) J-pop (12) Jac (1) jawatan Kosong (1) Jdrama (34) Jepun (14) JKT48 (1) Jmovies (15) Jmusic (29) Jpop (1) JUJU (1) JUNE (1) K-pop (1) Kahwin (2) Kaki Novel (1) Kamal Adli (5) Kamiji Yusuke (1) Kanak-kanak (5) Kanda Band (1) KARA (1) KAT-TUN (1) Katori Shingo (1) KBU (31) KCB (2) Kedah (5) Keluarga (1) Kenangan (1) Kenduri (1) kesihatan (1) Ketam (1) Ketika Cinta Bertasbih (1) Kewangan (1) Khidmat Masyarakat (1) Kiss (1) Komtar (7) Kuninaka Ryoko (1) LA LUNA (1) Langit Vanilla (1) Langkawi (1) Las Ketchup (1) Latasha (2) Latif (1) Lawak (7) Leen (1) Liar Game (1) Liar Game : Reborn (1) M. Nasir (1) Mabuk (1) Maher Zain (1) Mai Hoshimura (1) Makan (6) Makan Angin (2) Malaysia (51) Mana Ashida (1) Marshanda (3) Matsuda Shota (1) McD (1) Mdrama (47) Media Prima (47) Mediafire (34) Mee (1) Mei-chan no Shitsuji (1) Melaka (1) Melayu (42) Merbok (1) Mesej (1) Mestica (4) Mikako Tabe (1) Mikhail (16) Mirwana (1) miwa (4) Mizushima Hiro (1) Monkey Majik (1) Morning Musume (2) Motivasi/Renungan (62) Movie (2) Muka Buku (2) Mutiara Hati (1) Muzik (2) MV (1) Nagaswara (1) Najwa (1) Najwa Latif (3) Naka Riisa (1) Nasihat (3) Nasyid (37) Negeri Sembilan (2) New Sakha (1) Nilai (2) Nora Danish (16) Novel (4) NOVI (1) Nur Kasih (1) Oguri Shun (2) Ore Ska Band (1) Oricon (1) Panic (2) Pantai (1) Paradise Kiss (1) Pengantin (1) Pengapit (1) Perak (4) Peribadi (42) Perlis (2) Personal (27) Porno Graffiti (1) Pulau Aman (1) Pulau Pinang (25) PV (8) R-if (2) Rain (1) Ramadhan (26) Rast (1) Ratu (16) Raya (4) Realiti (2) Reefa Band (1) Rei Fu (1) Ringgit Malaysia (1) Rokusteps (4) Ruffedge (16) Rukia (1) S.P.E.E.D (1) S9B (1) SanTai/Rileks Minda (185) Saujana (3) Sayang (1) SCANDAL (4) Sedekah (1) Selangor (1) Selawat (1) Sembilu (1) Sen (1) Senyum (26) SeX (1) Shah Alam (1) Shenthy Feliziana (5) SHINee (1) Shion Tsuji (1) Shodown (2) Showdown 2011 (3) Sinetron (1) Singkatan (1) Siti Musliha (1) Snada (2) StarFive (1) Stereopony (1) Stinky (2) Strawberi (2) Suby (1) Sudirman (1) SUK (7) Sulis (1) Sungai Petani (1) Surat (1) Suzanne (1) Syiling (1) Taiyuddin Bakar (5) Takaharasuiko (1) Taxi Band (1) The Zikr (2) Toblerone (1) Toda Erika (2) TOKIO (1) Tutti Frutti (1) TV3 (18) TV9 (34) Udin (1) Ueto Aya (4) UiTM (1) Uji Rashid (1) Umum (95) UNIC (4) Utopia (1) UverWorld (1) Van (1) Vanila Coklat (13) Video (2) Wali Band (1) Wan Sharmila (5) Wani Ardy (1) Wany Ardi (1) Wordless Wednesday (29) WORLD ORDER (1) Yamada Yu (1) Younha (1) Youtube (1) Yui (7) Zed Zaidi (5) Zivilia Band (2)