Cinta Pada Sains......
>Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah
> jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah
> kau tidak membuat sebarang anggapan?
>
> Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada
> kekasih baru untuk menjalankan tindak balas
> penggantian ke atas diriku.
>
> Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis
> lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi
> unsur dan bukannya sebatian.
>
> Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar
> songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
>
> Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
>
> Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana
> penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum
> sahih.
>
> Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton
> ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan
> dengan cinta yg kau berikan.
>
> Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui
> bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-
> janji manis yg bergerak secara rawak.
>
> Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui
> proses pencaran dan perolakan.
>
> Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
> perkahwinan kita mengalami rintangan?
>
> Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh
> laras untuk mengurangkan rintangan itu.
>
> Mu:Adakah kita akan berpadu secara kimia?
>
> Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya
> nanti dapat dilihat dengan menggunakan
> mikroskop cahaya.
>
> Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg
> lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
>
> Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi
> dan haruslah menggunakan hukum-hukum
> penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
>
> Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam
> magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak
> percaye?
>
> Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu
> dalam bentuk lazim.
>
> Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu
> ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami
> pecutan yg seragam.
>
> Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari
> iman.
>
> Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
>
> Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana
> kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23.
>
> Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.
> Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau
> jugakk yg susah kerana aku akan mengalami
> hemolisis.
>
> Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku
> telah mengalami plasmolis.
>
> Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku
> sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau
> grafit. Pergi kau dari sini.
>
> Biarkan aku sendirian........
P/S: Kalau tukar jadi ayat-ayat Akaun pulak macam mana? herrmmm.......
No comments:
Post a Comment