banner

Followers

Sunday, April 18, 2010

~ Ibu Oh Ibu....... ~

Ibu Oh Ibu..

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat
untuk kita.  Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah
Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja
sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm takut malu dilihat
kawan-kawan
 
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfrien d ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumah tangga-Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera

Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia.

Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.Ingat.....elagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingat & kenanglah jasa ibu.

P/S : Layan Lagu Exist - Oh Ibu.......☺

5 comments:

.:weirdogreenish:. said...

ohhh... sayu nye entry ni.. sobsobsob..

mikro_kokus said...

Biasa la... Sape yang x sayu tu mmg kurang normal la...:)

hazman aka species1980 said...

suatu peringatan untuk diri saya gak....

kisahremaja said...

Terkasima la kejap bile saya baca setiap ayat dalam post nei

.sweet-ants. said...

hargailah setiap detik bersama ibu...
;( insaf

Related Posts with Thumbnails

Labels

2011 (3) 2012 (20) 4Minute (1) 5S (1) 9Nine (1) AAA (2) Aeman (1) Afiq Muiz (13) Aidilfitri (3) Aishiteru (13) Aiskrim (1) AKB48 (2) Alena (1) Alleycats. Upin dan Ipin (1) Altimet (1) Amanda Aniqah (1) Amanda Misbun (5) Ana Raffali (1) Angry Bird (2) Anima (2) Anime (4) Anne (1) Apa Celop (5) Arashi (1) Areila Sahimi (1) Ariana (16) Armada Band (2) Artis (2) Asian Kung Fu Generation (1) AURORA (2) Avara Band (2) Azad Jasmin (5) Baik-Baik Sayang (1) Bantal (1) Bazaar (1) Berry Koubou (1) Bismillah... Aku Mencintaimu (1) Blazin Squad (1) Bleach (2) Blogger (2) Boneca (1) Bounce Stepperz (4) Bowling (1) Buah (1) Budi Doremi (1) Buku (1) Bunga (1) Carta Hati (1) Central Square (1) change (1) ChiBi (1) Cinta (25) Coklat (1) dadali (1) Daim (1) Dalam Mihrab Cinta (2) Dangdut (1) Delon (1) Detective Conan (1) Devotees (1) Dmasiv (1) Domo (2) Download (31) Drama (26) Duhai Hati (1) EdCoustic (1) Eikura Nana (1) Elecoldxhot (4) Elecoldxhot. 8TV (2) Erin Malik (13) Family (1) Far East (1) Fatih (2) Feelhoney (2) Filem (1) Firdaus (3) Fizz Fairuz (12) FLOW (1) Forheart (2) FTIsland (2) Funky Monkey Babys (1) Games (1) Girl Next Door (1) Girl's Generation (1) Goliath (1) Gradasi (2) Guar Perahu (3) Haddad Alwi (1) Hadiah (2) Hail Amir (1) Hargai Aku (1) Heavy Rotation (1) HELLO (1) Hiburan (107) hijjaz (4) HMC Phlow (4) Horikita Maki (1) Hujan (1) Hujan Band (1) Huseein (16) i-City (1) Ichigo (1) Ichikawa Yui (1) Idola Kecil (5) Ika Nabella (5) Ikimono gakari (4) Iklan (1) In-Team (1) Ina (1) Indie (2) Indo-pop (24) Indonesia (15) Intan Nuraini (1) Iqram Dinzly (13) Ishihara Satomi (1) Iwan (1) Izarah Aisyah (13) J-pop (12) Jac (1) jawatan Kosong (1) Jdrama (34) Jepun (14) JKT48 (1) Jmovies (15) Jmusic (29) Jpop (1) JUJU (1) JUNE (1) K-pop (1) Kahwin (2) Kaki Novel (1) Kamal Adli (5) Kamiji Yusuke (1) Kanak-kanak (5) Kanda Band (1) KARA (1) KAT-TUN (1) Katori Shingo (1) KBU (31) KCB (2) Kedah (5) Keluarga (1) Kenangan (1) Kenduri (1) kesihatan (1) Ketam (1) Ketika Cinta Bertasbih (1) Kewangan (1) Khidmat Masyarakat (1) Kiss (1) Komtar (7) Kuninaka Ryoko (1) LA LUNA (1) Langit Vanilla (1) Langkawi (1) Las Ketchup (1) Latasha (2) Latif (1) Lawak (7) Leen (1) Liar Game (1) Liar Game : Reborn (1) M. Nasir (1) Mabuk (1) Maher Zain (1) Mai Hoshimura (1) Makan (6) Makan Angin (2) Malaysia (51) Mana Ashida (1) Marshanda (3) Matsuda Shota (1) McD (1) Mdrama (47) Media Prima (47) Mediafire (34) Mee (1) Mei-chan no Shitsuji (1) Melaka (1) Melayu (42) Merbok (1) Mesej (1) Mestica (4) Mikako Tabe (1) Mikhail (16) Mirwana (1) miwa (4) Mizushima Hiro (1) Monkey Majik (1) Morning Musume (2) Motivasi/Renungan (62) Movie (2) Muka Buku (2) Mutiara Hati (1) Muzik (2) MV (1) Nagaswara (1) Najwa (1) Najwa Latif (3) Naka Riisa (1) Nasihat (3) Nasyid (37) Negeri Sembilan (2) New Sakha (1) Nilai (2) Nora Danish (16) Novel (4) NOVI (1) Nur Kasih (1) Oguri Shun (2) Ore Ska Band (1) Oricon (1) Panic (2) Pantai (1) Paradise Kiss (1) Pengantin (1) Pengapit (1) Perak (4) Peribadi (42) Perlis (2) Personal (27) Porno Graffiti (1) Pulau Aman (1) Pulau Pinang (25) PV (8) R-if (2) Rain (1) Ramadhan (26) Rast (1) Ratu (16) Raya (4) Realiti (2) Reefa Band (1) Rei Fu (1) Ringgit Malaysia (1) Rokusteps (4) Ruffedge (16) Rukia (1) S.P.E.E.D (1) S9B (1) SanTai/Rileks Minda (185) Saujana (3) Sayang (1) SCANDAL (4) Sedekah (1) Selangor (1) Selawat (1) Sembilu (1) Sen (1) Senyum (26) SeX (1) Shah Alam (1) Shenthy Feliziana (5) SHINee (1) Shion Tsuji (1) Shodown (2) Showdown 2011 (3) Sinetron (1) Singkatan (1) Siti Musliha (1) Snada (2) StarFive (1) Stereopony (1) Stinky (2) Strawberi (2) Suby (1) Sudirman (1) SUK (7) Sulis (1) Sungai Petani (1) Surat (1) Suzanne (1) Syiling (1) Taiyuddin Bakar (5) Takaharasuiko (1) Taxi Band (1) The Zikr (2) Toblerone (1) Toda Erika (2) TOKIO (1) Tutti Frutti (1) TV3 (18) TV9 (34) Udin (1) Ueto Aya (4) UiTM (1) Uji Rashid (1) Umum (95) UNIC (4) Utopia (1) UverWorld (1) Van (1) Vanila Coklat (13) Video (2) Wali Band (1) Wan Sharmila (5) Wani Ardy (1) Wany Ardi (1) Wordless Wednesday (29) WORLD ORDER (1) Yamada Yu (1) Younha (1) Youtube (1) Yui (7) Zed Zaidi (5) Zivilia Band (2)