Aku
memang susah untuk meluahkan apa yang aku rasa dalam hati ini kepada
orang lain. Aku lebih suka berdiam diri walau dalam apa jua situasi yang
berlaku. Jika ada masalah yang timbul, aku lebih suka selesaikannya
sendiri terlebih dahulu. Aku tidak suka untuk menyusahkan orang yang di
sekeliling aku. Selagi termampu, aku akan lakukannya sendiri. Sampaikan
ada rakan-rakan cakap, "kenapa tak minta tolong kami..? kami sudi untuk menolong..." Aku menjawab : "aku memang macam nie, aku akan buat selagi aku termampu. Aku tak suka nak susahkan orang lain".....Dalam situasi tersebut, salahkah aku???
Aku seorang......................
Aku
lebih suka mengembirakan orang di sekeliling aku, walaupun pada
hakikatnya aku bersedih. Kenapa aku berkata sedemikian? sebabnya ramai
yang mengenali aku akan cakap aku ni seorang yang periang, pelawak &
"happy go lucky". Itu cuma luaran sahaja, dalam hati ini hanya Tuhan
yang mengetahui, bila aku gembira & tika mana aku bersedih.....
Aku seorang...................
Aku seorang...................
Aku juga bukanlah seorang yang mudah
untuk marah. Aku tidak suka akan pergaduhan, dendam dan bermasam muka.
Apatah lagi jika ianya melibatkan antara keluarga dan rakan pergaulanku
seharian. Aku bencikan semua itu. Hati aku tidak akan tenang
perkara-perkara sedemikian berlaku. Untuk apa kita jalani khidupan
seharian sedangkan hati kita tidak tenteram...?
Aku seorang.....................
Aku memang akui yang kadang kala aku
rasa terlalu merendah diri hinggakan hilang keyakinan pada diri aku.
Merendah diri ni perlu kena tempat dan gayanya.. tapi Aku nie merendah
diri di semua tempat. Sebab tu moral aku selalu ja "down"... aku rasakan
diri aku nie serba kekurangan dari segala aspek. Aku perlu berubah
sekarang nie.... menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dan berfikiran
positif.....
Siapakah Aku................????
Hanya Tuhan yang Tahu........ ^_^
P/S : Aku di atas merujuk kepada seorang insan biasa yang kadang kala tidak terlepas dari melakukan kesilapan......