Aku rasa dapat agak apa jawapan yang aku akan dapat...haha! Sapa la yang tak mau kalau ada orang nak bagi duit sebanyak tu kan..?? betui tak..?? Sebenarnya Lepas Maghrib tadi, adik aku ada dapat panggilan dari no +6281******5.... Dia bagitau la yang dia wakil dari sebuah Syarikat Telekomunikasi yang agak terkenal jugak la nak bagi adik aku tu RM 10,000 malam nie jugak... Dia cakap adik aku bertuah la, apa la...Bla...bla....bla..... Kalau ikut logik memang aku tak percaya langsung la.. Gilakkk!!! malam-malam macam nie dia suruh adik aku tu p Bank Islam. Bila dah sampai sana dia suruh kol dia di no 013-867****. Dia nak masukkan duit ke dalam akaun adik aku. Lepas tu dia nak suruh adik aku tu 'confirm' balik dekat dia yang duit tu dah masuk... Orang tu jugak cakap benda ni kena settle malam nie jugak.. esok tak boleh.... Sekarang nie adik aku duk 'bergayut' dengan orang tu lagi....
Hah! kalau ampa la..... sanggup ka nak p bank malam-malam macam nie...?? Logik ka berurusan waktu malam...??
P/S : Umpama mimpi dalam mimpi....... ^_^