Judul Drama : Aishiteru
Episod : 13 Episod
Pelakon : Afiq Muiz, Erin Malik, Izue Islam, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Nor Azlin
Masa: Setiap Khamis, 8.30 malam di TV9
Kisah
bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz yang mempunyai tabiat suka
berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Suatu hari ketika bersuka-ria
di pub bersama rakan-rakan, Izrael ditahan oleh penguatkuasa kerana
didapati memiliki pil ecstacy. Izrael bingung kerana dia sememangnya
tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana pil itu boleh
berada didalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ianya adalah
kerja bekas teman wanitanya bernama Rania yang masih berdendam dengan
Izrael kerana memutuskan hubungan cinta mereka
Datuk
Izrael iaitu Leftenan Kolonel (B) Ismail merupakan seorang yang tegas
dan telah menjamin Izrael tetapi dengan bersyarat. Izrael perlu
menjalani perintah berkurung di rumah dan juga akan dimasukkan ke
Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini membuatkan Izrael
berasa rimas kerana dia sering keluar rumah untuk berhibur.
Sehingga
suatu hari, dia telah menyelinap mengikut rakan-rakannya bercuti ke
Pulau Pangkor. Di satu perkampungan nelayan, Azira, lakonan Erin Malik,
meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar
melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Dalam diam, Azira menaruh
hati terhadap Ammar tetapi segan untuk meluahkan hati. Ketika keluarga
Ammar sibuk membuat kenduri kesyukuran, Azira telah menyelitkan surat
cintanya ke dalam buku Ammar. Harapan Azira agar Ammar membaca surat
tersebut dan membalas cintanya.
Izrael dan
rakan-rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira.
Izrael yang sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan
rakan-rakannya telah mengusik Azira yang mempunyai perwatakan yang
cantik dan lembut. Sikap ‘jual mahal’ Azira membuatkan Izrael semakin
tertarik untuk mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh Izrael
sehingga penduduk kampung menyangka Azira telah menggatal dengan pemuda
dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang
terutamanya Azira menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk kampung
terhadap Azira. Azmi, abang Azira yang bersikap baran telah mengamuk dan
telah menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. Azira menjadi
semakin tertekan!
Suatu hari Izrael telah menaiki bot
nelayan dan terjatuh ke laut. Izrael berpura-pura lemas dan diselamatkan
oleh Pak Aziz, bapa Azira. Izrael terpaksa berbuat begitu semata-mata
untuk mendekatkan diri dengan Azira. Pak Aziz simpati dengan Izrael dan
membawanya pulang ke rumah. Azira tidak suka dengan kehadiran Izrael,
begitu juga dengan Azmi. Izrael yang masih tidak berubah perangai
tiba-tiba cuba memeluk dan mencium Azira ketika Azira ingin memberikan
air kepada Izrael. Tanpa diduga, Azmi pulang pada waktu itu dan
menyaksikan perbuatan tidak senonoh Izrael. Azmi begitu marah dan ingin
memukul Azira, tetapi dihalang oleh Izrael yang tiba-tiba sahaja boleh
bergerak. Ini membuatkan Azmi bertambah marah kerana Izrael sebenarnya
berbohong dan tidak sakit.
Azmi mencabar Izrael untuk
berkahwin dengan Azira dan ini membuatkan Izrael terjelepuk di lantai!
Muna yang suka membawa mulut telah mendengar pekikan Azmi dan
memberitahu seluruh kampung. Keluarga Azira berasa amat malu. Izrael
pula terpaksa menelefon ibunya Puan Nora dan ini membuatkan ibunya
terutamanya datuk Izrael menjadi terkejut.
Link :
Episod 01
P/S : Selepas selesai download, Gabungkan file (.001, .002, .003) tadi dengan Hj Split ^_^