Kad Kuning, Kad Merah
Suatu hari, disebuah penjara, telah diadakan pertandingan bola sepak antara anggota polis menentang banduan yang ditangkap kerana kesalahan mencuri dan menyeluk saku. Ketika waktu rehat, pihak polis telah mendahului dengan 3-0. Jurulatih pasukan banduan telah marah-marah..
Jurulatih : Bodoh, takkan lawan pihak polis pun x boleh?! Takkan kamu semua cuma tahu mencuri dan menyeluk saku saja?
Pemain : Kalau macam tu, lepas ni kita semua akan main secara kasar. Janji kita boleh hasilkan gol dan menang.
Jurulatih : Mana boleh main macam tu?
Pemain : Tak apa. saya jamin, pengadil takkan bagi kita kad kuning atau kad merah
Jurulatih : Kenapa pula?
Pemain : Kerana, aku baru sahaja mencuri kesemua kad
kepunyaan pengadil termasuk wiselnya sekali.
Apa punya bapak da...
Pada suatu hari, adalah sorang bapak tu bawak anak dia gi memancing kat tengah laut dengan menaiki sampan.Bapak dia bawak satu joran je pasal anak dia memang tak pernah turun ke laut mancing. Nak dijadikan cerita, sampan yang diorang naik tu dipukul ombak lalu terbalik. Bapak tu memang terrer berenang, jadi sewaktu nak selamatkan diri, dia ternampak jorandan anak dia yang dah pengsan hampir-hampir tenggelam ke dasar laut.
Tanpa berfikir panjang, dia mencapai joran dia lalu berenang ke tepi pantai dan membiarkan anaknya keseorangan terus tenggelam. Orang ramai di tepi pantai yang menyaksikan kejadian itu memarahinya, Sanggup kau selamatkan joran kau dan biarkan anak kau terus tenggelam? Apa punya jenis bapak kau ni?Dengan selamba dia menjawab,Joran ni kalau tenggelam dia takkan timbul lagi dah. Anak aku tu, lepas dua atau tiga hari timbul ah dia.

Calon Doktor
Ada sekumpulan pelajar dari Medical School tahun satu sedang menjalani anatomy class [ilmu urai tubuh] dengan menggunakan tubuh mayat. Mereka berkumpul didepan mayat yang diletakkan diatas meja yang ditutupi selimut putih.
Profesor memulakan kelas dengan berkata dengan lantang Untuk menjadi doktor yang berkualiti kamu mesti mempunyai dua kualiti yang bagus.Yang pertama kamu mesti tidak jijik atau mual dengan apa-apa yang merangkumi tubuh manusia dan selepas profesor itu berkata dia menarik selimut mayat tersebut dan menyumbat jarinya ke dalam punggung mayat tersebut dan menariknya kembali dan terus menghisapnya.

Ok. Semua buat macam saya buat tadi. Semua pelajar terkejut,tergamam,takut semua ade,dan beberapa minit kemudian seorang demi seorang pelajar menyumbat jari mereka dan menghisapnya seperti apa yang profesor mereka lakukan. Setelah semua pelajar selesai.
Profesor memandang semua pelajarnya dan berkata kualiti yang kedua untuk menjadi doktor yang bagus ialah observation [penilikan], saya menyumbat dengan jari tengah saya tadi dan saya menghisap jari telunjuk saya, sekarang belajar untuk memberi perhatian yang lebih!!!
P/S : Esok kerja..... harap esok aku dapat update blog neh seperti biasa....... ^_^