Assalamu'alaikum......... ^_^
Tengok ja tajuk entri pown mesti semua dah tau mikro nak tulis mengenai apa heeee~ Maap la entri nie lambat kluaq skit sebab sibuk kerja (Ahad pown kena kerja..:p) ditambah pulak mood untuk menulis entri tak mai lagi hahaha!
Nasib la malam nie mood nak menulis tu tetiba ja meresap ke dalam tubuh nie haha! Jadi, entri kali nie mikro nak kongsikan sedikit la betapa meriah & gempaknya MiniGath yang diadakan di sekitar kawasan Pendang pada 14/05/2011 iaitu hari sabtu lepas.....
Tercetusnya MiniGath nie adalah daripada rancangan asal Kak Adish Shida yang menjemput adik-adiknya di KBU untuk makan-makan di rumah beliau. haaa..apa lagi, bab makan mesti la ramai yang nak join keke! (lawak ja noo...!!) Sebenaqnya bab makan tu tak kisah sangat, yang lebih penting adalah nak berjumpa sahabat-sahabat dari KBU nie. Dah rasa macam 'Family' pown ada nie bila dapat jumpa geng-geng KBU...
Mikro secara jujurnya rasa bertuah sangat dapat kenal rakan-rakan dalam KBU nie (sayang ampa semua aihhh!)... Walaupun klu nak ikutkan umur, memang mikro dah jadi pangkat 'abang' la dengan yang lain sebab kebanyakkannya yang join KBU nie bawah 25 tahun heeee~ tapi tak mau la suruh depa panggil 'abang', rasa macam tua la pulak wakaka! :p
Ok, Sebelum macam-macam lagi mikro tulis... jom sambung cerita dekat pendang...
MiniGath jangka mula pukul 3 petang di rumah family Kak Shida. Mikro bertolak dari penang pukul 2 petang bersama-sama dengan Erin Azizan, Naim, Adam & Daus.
Dah bertolak pukul 2, memang sah la pukul3 tak sampai lagi pendang haha! mana taknya... siap singgah R & R Gurun lagi.... beli Ayaq & Cikedis haha! Buktinya nie....
v
v
v
Sempat lagi bergambaq tu........
Rasanya kami sampai rumah Kak Shida tu dalam pukul 3 lebih kot.... Nasib la mikro pernah sampai kawasan rumah kak shida tu. Jadi tak la sesat heee~ cuma cari rumah ja tak jumpa sebab rumah belah kiri, mikro tengok kanan ja...... Sampai ja terus park kereta macam nie...
v
v
v
motif tunjuk gambaq nie..????
Alhamdulillah... sampai jugak.... ^_^ ingatkan kami dh lambat, rupa-rupanya ada lagi yang belum sampai. Yang dah sampai sebelum kami, Cik Gksb, Hidir Abdullah, Cahaya Wany, Anith Shasha Chan, Abdul Hadi, Dek Nazzs (balik awai).. Depa kata time nie Hidir dah makan 3 pinggan hahaha! betui ka dak...sama-sama la kita pikirkan... yang pastinya masa kami sampai nie, Cik Gksb & Hidir sedang belajaq cara-cara nak buat bunga dari daun getah dengan Mak Kak Shida ^_^ di situ jugak baru la kelihatan Syakira Yaakub, Mastora Manshor.... kemudian Caya Se'a & kawannya pown sampai....
Cik Gksb semangat betui buat bunga heee~
Yang gambaq sebelah tu hiasan semata-mata.... :p
Setelah penat beramah mesra dengan Mak Kak Shida sambil letih gelak tengok perangai geng KBU sorang-sorang yang berjaya menghuru-harakan keadaan, Maka tibalah waktu untuk mengisi perut heee~ Masa nie jugak la Haiqan Namtho, Siti Jusiza & Anith Abil Chan & Tatia Bulat sampai...Kak Shida jamu kami makan Soto (katanya) Mikro tak tau nak panggey apa makanan tu hahaha! lepas tu Donut panas-panas......pergghhh! memang A+++ laa.........
Donut.....Sedap!!!
Comeyy Aihhh!!! Seuma........ :p
Antara Aksi-aski yang berjaya dirakamkan haha! Memang sempoi la semua.....
Apa kami buat lepas makan-makan...???
Kenangan pahit & manis...???
Nantikan Part 2 di pawagam berhampiran.... hahaha!
Senyum Selalu ^_^
P/S : Penat tak abih lagi nie.....