Assalamu'alaikum w.b.t......
Di pagi yang begitu hening serta hujan turun mencurah-curah ke bumi, mikro dengan rasa kebosanan berada di tempat kerja telah mengambil inisiatif (*perkataan skema) untuk menulis secara ringkas berkenaan majlis berbuka puasa bersama-sama warga Kami Blogger Utagha (KBU) yang bertempat di sekitar kawasan Sungai Petani, Kedah. Kenapa di sekitar kawasan Sungai Petani? Ini kerana plan asal, majlis berbuka puasa ini ingin dilakukan secara santai di dataran 'Jam Besar' Sungai Petani. Plan tersebut tidak dapat diteruskan oleh sebab faktor cuaca yang sekarang ini sentiasa hujan.
Jadi, kami terpaksa membuat beberapa pilihan tempat untuk majlis berbuka puasa tersebut. Terima Kasih diucapkan kepada si Retis KBU "Siti Jusiza" yang bertungkus-lumus mencari tempat untuk menjayakan majlis berbuka puasa ini. Beliau dari Aloq Setaq terus ke Jam Besar SP, lepas tu hujan.. terpaksa la cari tempat lain. Beliau kemudiannya ke "Jeti Titi Semeling" dan sempat membuat tempahan untuk 20 orang.. tetapi yang hadir rasanya tak sampai 20 orang pun :P Akhirnya, hasil perbincangan melalui 'SMS' (*nak kol bateri hp retis tak cukup power) kami semua sepakat memilih "De Sabai Cafe" yang terletak di Tingkat 4, Central Square, Sungai Petani. Tanpa membatalkan tempahan untuk 20 orang di "Jeti titi Semeling", Si Jusiza terus memecut ke De Sabai Cafe (*pengakuan retis sendiri).
Setibanya di sana, kami dimaklumkan yang Si Hidiaq, Nadh Zher Ee, & Nadzli Azlan telah pun tiba di tempat yang dinyatakan sebelum ini. Yang sebenarnya kami tak dapat nak pastikan berapa orang yang akan join majlis berbuka puasa ni. Kalau nak ikutkan yang telah menekan butang "Attend" di FB tu, ada la dalam 21 orang macam tu. memang berharap ramai tu la yang kan hadir, tak pun lebih lagi. Mesti ada yang tertanya-tanya kan...penggunaan kata ganti diri "Kami" tu merujuk kepada siapa kan? Kata ganti diri kami tu, merujuk kepada beberapa orang yang berada bersama mikro pada waktu berkenaan. Mereka adalah, Naim, Erin Ern Azizan & Farhana Norsham. Kami sepatutnya boleh tiba dilokasi yang ditetapkan tu lebih awal, tetapi kami terpaksa ke 'Uptown' untuk mencari baju raya untuk si Naim. Dalam keadaan hujan yang renyai-renyai, kami meredahi demi mecari sepasang baju melayu untuk Naim heeee~ Akhirnya jumpa jugak baju melayu yang di cari. Destinasi seterusnya adalah De Sabai Cafe... yang telah menanti di sana menunggu ketibaan kami adalah Hidiaq, Nadh Zher Ee, Nadzli, Siti Jusiza, Adi Suda, Adam Zulhelmi, Daus Spartanz, Nor Azlan Masli dan jugak kawan Adi Suda (nama lupa :p). Dan yang belum sampai, Anith Shasha Chan, Naqiah Othman dan Syazwani Ridzwan. Berikut adalah senarai kehadiran ke Majlis Berbuka Puasa Di Sungai Petani....
Kawan Adi Suda
Sekitar Di Majlis Berbuka Puasa di De Sabai Cafe
Video Sebelum
Jalan-jalan cari makan bersama Chef Hidiaq
ada bakat tak.....????
Senyuman paling menawan dimenangi oleh patung tersebut!!!!
Retis International...... .!!!
Siti Jusiza....awat jauh sangat...... ??
Ucapan Khas Hari Raya
Lokasi : Jeti Titi Semeling
Siti Jusiza...... marah ka tengok Nadh ngan Naqiah bermesraan.............?
Gath kali nie lelaki lebih ramai dari perempuan kot......hahaha~
Sila pastikan anda telah bersedia sepenuhnya untuk melihat gambar-gambar selepas ini kerana anda mungkin mengalami kesakitan mata dan hati yang melampau.... :P
Credit to : Nadzli Azlan
"SALAM AIDILFITRI"
MAAF ZAHIR DAN BATIN
P/S : Beraya dalam keadaan bersederhana
Video Sebelum
Jalan-jalan cari makan bersama Chef Hidiaq
Senyuman paling menawan dimenangi oleh patung tersebut!!!!
Retis International...... .!!!
Siti Jusiza....awat jauh sangat...... ??
Ucapan Khas Hari Raya
Lokasi : Jeti Titi Semeling
Siti Jusiza...... marah ka tengok Nadh ngan Naqiah bermesraan.............?
Gath kali nie lelaki lebih ramai dari perempuan kot......hahaha~
Sila pastikan anda telah bersedia sepenuhnya untuk melihat gambar-gambar selepas ini kerana anda mungkin mengalami kesakitan mata dan hati yang melampau.... :P
Credit to : Nadzli Azlan
"SALAM AIDILFITRI"
MAAF ZAHIR DAN BATIN
P/S : Beraya dalam keadaan bersederhana