Rumah En. Azlan
Hari nie mikro telah dipelawa ataupun diajak oleh En. Azlan (bos) ke rumah beliau untuk makan. Haaa.... bab makan nie yang suka dengaq hahaha~ rezeki jangan ditolak. Bukan selalu dapat peluang macam nie ^_^ kena tunggu musim jugak la. Makan apa...???? haaa~ yang sebenaqnya, En. Azlan ni ajak datang rumah sebab suruh mikro makan buah 'Durian'. Rasa teruja betui dapat makan durian... lama mikro tak makan.
Sampai rumah bos nie dalam pukul 10 lebih macam tu la, kami p 3 orang ja, Mikro, Nasrol & Ain (pengantin baru tu.....) Aktiviti pertama setibanya kami di situ adalah memantau kawasan rumah hahaha~ tengok banyak betui pokok buah-buahan dekat situ...
Pokok pertama yang menjadi mangsa kerakusan kami hahaha~
Lepas ja sesi memetik 'Rambutan', kami pown makan la.... bukan rambutan ja yang ada, durian pown dah ready hahaha~ khas untuk kami makan... banyak jugak kot mikro makan..
Ingatkan lepas makan boleh la nak bersantai, rupanya tak boleh sebab En. Azlan nak bawak kami pergi ke dusun durian yang siap pakej dengan pokok manggis & cempedak :p Nak kena buat aktiviti menunggu & mengutip buah durian yang luruh....
Sesi mencari buah-buahan bermula.......
Tak jumpa-jumpa jugak....... adehh....
Bagai menunggu 'Durian jatuh di Kepala'....Erkkk......
Yang nie buah Cempedak, Bukan Durian......
Haaa..... yang tu 'Durian' heeee.......... :p
Akhirnya, kami balik dalam keadaan tangan yang kosong... tak dapat sebiji pown, Durian tak luruh, Manggis & Cempedak tak masak lagi.. adehhh.... sabo je la..... Sebelum balik rumah, En. Azlan bawa kami ronda-ronda menikmati keindahan alam semulajadi.. Susah nak dapat suasana macam tu dekat rumah di penang heeee~
Pantang jumpa sungai ja neh heeee~ ayaq jernih cantik pulak.... mana bleh tengok...
Balik ja rumah kena buat kerja pulak, sesi membersihkan buah durian untuk di bawa pulang.....
Baru 1/2 ja tu yang nak bawak balik.... heee~
Buah ni yang adik En. Azlan kutip di sebelah pagi...
Sebelum & Selepas
Ni La En. Azlan merangkap Raja Dusun Durian dekat belakang rumah heeee~
Sebelum berangkat balik ke pulau pinang, kami sempat lagi menjamu selera buat kali kedua sambil santai-santai menikmati keindahan suasana kampung...
Nasrol : "nak makan ka dak nie..?? letih aihhh! "
hohoho~ kesedapan hingga meninggalkan biji :p
Nasrol : " nah ambik makan puas-puas...aku dah tak larat"
mikro : " errrrupp....."
Mai nak test manggis pulak...nampak macam sedap ja..... ^_^
Pisang nama apa ntah...*lupa :p memang kulit hijau, tapi dah masak.....
Setelah selesai, kami pun berangkat pulang dengan membawa buah durian penuh 'bonet' kereta hahaha~ jenuh makan..... apapun, terima kasih kepada En. Azlan dan keluarga kerana sudi menjemput kami untuk makan buah heee~ lai kali kalau ada lagi, jangan segan silu jemput lagi hahahaha~
P/S : Kalau en. Azlan nak suruh ajak geng KBU, bgtau awai naaa... boleh ja saya uruskan....