BAPA DAN TIGA ANAKNYA
Seorang bapa berjalan dengan tiga orang anaknya, masing-masing berumur 8, 5 dan 3 tahun. Mereka memasuki kedai tempat saya bekerja. Bapa itu nampak berfikir keras ketika saya bertanya. "Ada yang dapat saya bantu?". "Saya ingin membeli sesuatu tetapi tidak dapat mengingati kesemuanya," jawab bapa tersebut. Lalu dia memandang ke arah anak-anaknya dan bertanya, "Baiklah anak-anak sekalian, selain katil dan pintu bilik air, apa lagi benda yang korang rosakkan dalam minggu ini?"

ADA SISA MAKANAN, ENCIK?
Seorang pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya, "Ada sisa makanan, encik?" Tuan warung pun menjawab, "Tidak ada." Pengemis itu pun mengeluh, "Iya la, nasibku." Lalu dia berlalu pergi. Keesokan harinya, pengemis tersebut pergi ke warung itu lagi dan bertanya soalan yang sama. Begitu juga hari-hari yang berikutnya tetapi dia tetap menerima jawapan serupa iaitu 'tidak ada'. Akibat jemu dengan soalan yang seing ditanya oleh pengemis tersebut, akhirnya tuan warung berkata, "Saya sudah berkali-kali cakap, saya tidak ada sisa makanan untuk diberi kepada kamu. Semuanya habis dijual! Jika kamu bertanya lagi, saya akan paku kaki kamu ke lantai," Keesokannya, pengemis itu datang lagi ke warung dan bertanya, "Ada paku?" "Tidak ada," jawab tuan warung. Pengemis bertanya lagi, "Ada sisa makanan, encik?"
ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!
P/S : Haa... Aku cuti rehat hari ni. Nak berehat......... ^_^
2 comments:
ahahhaa sakit perut gelak yg paku tuh...hahhaa bodo
hahaha! nak wat macam mana...dah nasib.....
Post a Comment